Muhyiddin sememangnya berasas untuk berkata demikian bahawa: JIKA PILIHANRAYA BERLAKU DENGAN TELUS, ADIL DAN BERSIH, kerajaan BN akan tumbang.
SPR sememangnya selama ini menipu untuk memenangkan BN. Melalui persempadanan pilihanraya yang dilakukan untuk sentiasa berpihak kepada BN, mendaftarkan pengundi-pengundi yang tidak wujud, memindahkan para pengundi tanpa notis, menggunakan helikopter untuk mengangkut kertas undi ke pusat pengiraan (tanpa kehadiran wakil dari parti bertanding), mendaftarkan PATI sebagai pengundi dan bermacam-macam taktik dan startegi yang dilakukan untuk memenangkan BN - itu semua sudah merupakan maklumat umum yang sudah tidak rahsia lagi.Perhimpunan BERSIH, bertujuan mendedahkan salahlaku hubungan haram SPR-BN dan BN terasa gentar dengannya.
Hanya yang berbuat salah akan merasa gentar dan takut dengan perhimpunan BERSIH tersebut.
Dan nama Mohd Sabu disebutkan oleh Muhyiddin,
Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya
Nama mohd Sabu amat meresahkan Muhyiddin... kerana belau adalah figur yang tak takut mati. Yang telah diuji walau dengan tiang penjara besi, Mohd Sabu masih tetap penggerak massa yang amat ditakuti.
Jika SPR berjalan dengan adil dan bersih selama ini, sebenarnya UMNO BN sudah lama mati. Kenyataan Muhyiddin di atas memperakuinya sendiri! - GB
TPM: Himpunan BERSIH untuk tumbangkan BN
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, BERSIH adalah sebagai satu cubaan pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.
"Saya fikir tujuan mereka tidak baik. Ambiga (Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan) itu kepala saja. Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya," kata Muhyiddin kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian di Beaufort hari ini.
Timbalan presiden Umno itu berkata Pakatan Rakyat sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan BN.
Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada.
"Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lalu," katanya.
Menurut Muhyiddin lagi, tujuan BERSIH mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya, tetapi kemungkinan juga sebagai platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
Tolak kerajaan
"Mereka mungkin akan meneruskan momentum ini supaya apabila sampai pilihan raya nanti, kebencian rakyat akan mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan," katanya.
bersih rally 271207 04Beliau berkata demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan.
Muhyiddin berkata pihak polis tidak meluluskan permit perhimpunan kerana tidak mahu kejayaan, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara selama ini akan terjejas hanya kerana kelompok kecil ini.
Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang mengamalkan 'doube standard' yang mengunakan isu pilihan raya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.
"Bila BN menang mereka pertikaikan. Bila mereka (pembangkang ) menang, mereka tidak pertikaikan," katanya.
Mengenai hasrat Pemuda Umno yang mahu mengadakan perhimpuan pada hari yang sama, Muhyiddin berkata ini adalah reaksi yang jelas bahawa banyak pihak tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH itu. -mk
No comments:
Post a Comment