Tuesday, June 7, 2011

Kerana Tuntutan AGAMA : pasukan remaja Iran ini mungkin boleh melupakan Sukan Olimpik Remaja 2012


Walaupun dirayu, FIFA tetap berpendirian bahawa pasukan bola sepak wanita Iran perlu mematuhi garis panduan pakaian yang ditetapkan oleh undang-undang sedia ada, lapor IranSportPress.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Iran menyuarakan protes terhadap larangan bertanding yang dikeluarkan terhadap pasukan bola sepak remaja mereka di Sukan Olimpik Remaja 2012 yang akan diadakan di Singapura Ogos ini. Larangan itu berikutan pasukan bola sepak remajanya memakai tudung ketika beraksi di padang.

FIFA dalam suatu kenyataan yang disampaikan oleh Setiausaha Agongnya, Jerome Valcke menyatakan bahawa larangan memakai tudung itu berdasarkan peraturan sedia ada.

"Undang-undang asas menyatakan keperluan asas peralatan (termasuk pakaian) 'mestilah bebas daripada pengaruh agama, politik, dan pernyataan peribadi'."

"Keperluan asas peralatan sukan (pakaian) mana-mana pasukan yang mempunyai pengaruh politik, agama, atau slogan/pernyataan peribadi  akan dilarang menyertai pertandingan oleh penganjur atau FIFA."


Untuk pengetahuan , FIFA dalam suatu kenyataan lain menyatakan, "Keputusan FIFA pada Mac 2010 mengizinkan bahawa pemain  menggunakan topi yang menutupi kepala mereka sampai pada garis rambut, tapi tidak boleh dipanjangkan sehingga ke bawah telinga untuk menutupi leher." 

Berdasarkan keputusan terkini itu, pasukan remaja Iran ini mungkin boleh melupakan terus pertandingan tersebut kerana larangan yang dikeluarkan itu tiada unsur tolak ansur. Persatuan Bola Sepak Iran juga perlu bertegas dengan pendirian mereka kerana pendirian itu selari dengan kehendak agama.  

P/s: Tudung yang dipakai tidak memberikan impak kepada pasukan lawan. Pemakaian tudung seperti yang ditegaskan oleh wakil Iran adalah hak atlet yang beragama Islam. Namun, keputusan yang mungkin berunsur sentimen kebencian terhadap Islam telah memutuskan pakaian yang menutup aurat tidak dibenarkan di atas padang. 

Anda tahu, keputusan FIFA ini mungkin berubah jika semua negara Islam melancarkan protes terhadap keputusan itu. Namun, selain Iran, negara mana yang begitu serius menjaga aurat atlet mereka? Malaysia? Lagi pendek lagi bagus! (Baca SINI)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular