SHAH ALAM 22 Mei – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan menghadiri seminar kepimpinan di Institut Aspen Colorado Amerika Syarikat susulan berlakunya kejadian tanah runtuh di Felcra Semungkis di Hulu Langat yang mengorbankan 16 kanak-kanak.
“Beliau dijangka tiba di KLIA petang esok dan akan terus ke lokasi kejadian untuk melawat mangsa yang selamat serta bertemu dengan ahli keluarga mangsa yang terkorban,” katanya yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Kerajaan Selangor.
Menurut kenyataan media itu juga berkata Kerajaan Negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort.- selangorkini
SHAH ALAM 22 Mei - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini dalam perjalanan kembali ke tanah air selepas memendekkan lawatan beliau ke Amerika Syarikat susulan kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang mengorbankan nyawa 16 anak yatim termasuk seorang dewasa.
Dalam twitternya Abdul Khalid berkata beliau akan terus melawat segera ke tempat kejadian sebaik sahaja tiba di tanahair.
MB Batal Hadiri Seminar di AS Pulang Tangani Krisis Tanah Runtuh di Hulu Langat - http://j.mp/lQSQ2D
Berada di Denver Airport untuk flight SFrancisco - KL. Insya'Allah akan sampai KL esok dan terus ke Felcra Semungkis, Hulu Langat.
Salji di Aspen. Saya batal hadiri kursus di Aspen Inst utk kembali ke Sgor bagi menolong anak yatim & mangsa bencahttp://twitpic.com/50rl1g
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, berkata Abdul Khalid kini sudah dalam penerbangan.
” Beliau kini dalam perjalanan balik,”jawabnya ringkas.
Ujar beliau, urusan perjalanan pulang Khalid diuruskan oleh Tourism Selangor dan memberitahu tidak mempunyai maklumat lengkap setakat ini bila Khalid akan tiba di Malaysia.
Sebalik sahaja dimaklumkan tentang tragedi itu, Khalid telah mengumumkan peruntukan RM50 ribu yang disampaikan melalui Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail untuk membantu usaha mencari dan menyelamat serta pengkebumian jenazah mangsa.
Abdul Khalid juga turut mengarahkan agensi keselamatan di Selangor seperti Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) untuk turut serta membantu dalam misi menyelamat.
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.
Operasi bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi. - KB
Kanta Lembah Pantai baru difahamkan sekurang-kurangnya 3 kanak-kanak yang menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa di Hulu Langat semalam berasal atau punyai keluarga di Pantai Dalam.
YB Nurul Izzah yang berada di Hospital Kuala Lumpur dari sekitar tengah malam sehingga jam 3 pagi tadi untuk bersama ahli-ahli keluarga kanak-kanak tersebut, telah cuba untuk menahan post-mortem dari dilakukan tanpa pengetahuan atau makluman kepada ahli-ahli keluarga mangsa. "Mereka harus dimaklumkan dahulu," tambah beliau.
"Saya difahamkan Kerajaan Negeri Selangor akan cuba sedaya-upaya untuk membantu keluarga-keluarga mangsa kejadian tanah runtuh ini," jelas beliau melalui telefon. "InsyaAllah bantuan akan dihulurkan secepat mungkin."
Kanta Lembah Pantai juga dimaklumkan bahawa Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Elizabeth Wong, adalah antara yang pertama tiba di tempat kejadian di Hulu Langat.
Apa pun, marilah kita sedekahkan Al-Fatiha buat semua mereka yang telah pergi akibat malapetaka ini.
No comments:
Post a Comment