Thursday, May 26, 2011

PAS bantah SPR pindah pengundi ke DUN Dr Khir

NONEAhli parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud berkata seramai 1,120 orang pengundi dalam kawasan DUN Sabak telah dipindahkan ke kawasan DUN Sungai Panjang tanpa pengetahuan PAS.


"Bila kita bawa ke (Suruhanjaya Pilihan Raya) SPR, mereka kata berlaku pembetulan sempadan antara daerah mengundi," katanya dalam satu sidang media hari ini.


Siti Mariah bimbang tindakan itu akan menjejaskan peluang calon PAS untuk memenangi kerusi itu, memandangkan calon parti berkenaan sebelum ini hanya tewas dengan perbezaan 117 undi.

"Sepatutnya (SPR) maklumkan kepada kita terlebih dahulu apa yang mereka hendak buat.

"Tetapi kita yang kena buat kerja mereka (maklumkan mengenai perubahan)," katanya dalam satu sidang media di pejabat ahli parlimen Shah Alam pagi ini.

Jelasnya, PAS mula mengetahui mengenai keganjilan berkenaan apabila mendapati daftar pemilih bagi kawasan DUN Sabak tidak bertambah walaupun pengundi baru didaftarkan.

Katanya, SPR memberi maklum balas bahawa pemindahan berkenaan dijalankan bagi memudahkan pengundi berkenaan.

Beliau bagaimanapun mempertikaikan penjelasan berkenaan memandangkan kedua-dua DUN berkenaan terletak dalam kawasan parlimen berbeza.


Tindakan SPR itu akan menyulitkan pengundi berkenaan kerana pengundi berkenaan akan terpaksa mengundi di pusat mengundi yang lebih jauh, kata Siti Mariah lagi. - MK


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular