Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyatakan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) kini dalam proses memperhalusi penstrukturan semula stesen itu sebelum syor memperbadankan RTM dibentang kepada Kabinet.
Katanya, cadangan awal untuk memperbadankan RTM sudah dikemukakan kepada Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai persediaan menghadapi era penyiaran digital sepenuhnya menjelang 2015.
RTM yang sebenarnya sudah hilang pengaruh dan di dalam proses ditelan zaman. Kaum remaja dan golongan muda langsung tidak mengenali RTM jauh sekali rancangan-rancangan RTM kerana mereka lebih tertumpu kepada media-media baru seperti Youtube dan TV swasta yang menampilkan wajah-wajah muda, jelita dan menawan.
Youtube telah melahirkan artis-artis antarabangsa seperti Yuna, Zee Avi, Justin Beeber dan ramai lagi dengan mempunyai pengikut yang ramai.
Bercakap tentang RTM, yang sebenarnya RTM telah melakukan berbagai-bagai perubahan seperti ‘rebranding’, kajian demi kajian, meremajakan program mereka sehingga ketahap tunduk kepada pendekatan Astro dan Media Prima dengan rancangan-rancangan realiti.
Hakikatnya semua itu masih gagal menegimbalikan kegemilangan RTM kerana mentaliti petugas-petugasnya masih lama. ‘Comradeship’ dalaman RTM sangat sukar digugat dan sukar menerima pembaharuan. Perubah pembaharuan dilihat seperti pelanduk menunggu masa untuk diratah serigala.
Malah pembaca beritanya asyik-asyik muka Farid Ismeth Amir dan RTM dengan bangganya melahirkan penyampai berita veteran, Harjit Singh Hullon, 57, sehingga diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai penyampai berita paling lama berkhidmat.
Apapun RTM sepatutnya sudah diperbadankan sebelum PRU12 lagi kerana itulah ‘turning point RTM’ apabila mesej Kerajaan melalui RTM sudah tidak sampai kepada rakyat dan pengundi muda lagi.
Kesan yang ketara ialah pengaruh Astro lebih gagah apabila pertama kali dalam sejarah Perhimpunan Agong UMNO disiar secara langsung di Astro sehingga UMNO menerima akibat dilabel sebagai rasis apabila perwakilan mereka berucap mempertahankan hak Melayu. - MUMMY ROKIAH
No comments:
Post a Comment