Thursday, May 26, 2011

Isu DNA Babi dalam makanan di Tesco & Secret Recipe


Dari website halal jakim mengenai penemuan DNA BABI pada produk satu syarikat yang ditarik kembali status halal oleh Jakim. Perkara ini sangat penting kerana ia akan menjadi darah daging kita yang akan tumbuh menjadi daging di badan. Ini sebenarnya adalah masalah yang serius yang perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa.

Website Halal Jakim yang anda boleh dapati mengenai perkara ini sila KLIK SINI.

Syarikat yang mengeluarkan bahan – bahan yang mengandungi DNA Babi tersebut boleh dilihat dengan KLIK SINI.

Syarikat Secret Recipe mendapatkan bahan – bahan daripada syarikat ini, antara produk yang digunakan dari syarikat Puratos anda boleh lihatnya di website Halal Jakim dengan klik pada Caption gambar di bawah.




Mungkin ramai yang tidak sedar juga yang produk – produk makanan tesco juga mengambil bahan – bahan daripada syarikat Puratos ini, anda boleh melihatnya di website Halal Jakim dengan KLIK SINI.
Seperti anda dapat lihat produk dari Puratos akan meletakkan perkataan Talento di bahagian hadapan dan nama syarikat yang diambil darinya, contoh dari Tesco

TALENTO SANDWICH TESCO 20/80
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

TALENTO DOUGHNUT TESCO 40/60
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

TALENTO SOFT ROLL TESCO
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

Nama secret recipe pula:

TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

Jadi adakah Syarikat Puratos mengeluarkan nama produknya juga menggunakan nama Tesco dan Secret Recipe,pihak Tesco dan Secret Recipe perlu jelaskan dengan jelas mengenai nama produk Puratos ini,ianya mengelirukan.

Adakah kita sanggup DNA babi masuk ke dalam badan kita ke badan anak – anak kita dan keturunan kita, adalah tanggungjawab kita untuk memberhentikan perkara ini.

Ingatkah kita dengan ayat di dalam Al Quran mengenai ini

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”
(Al Baqarah 168)

Di dalam Hadis Nabi s.a.w ada menyebut beberapa perkara tentang tidak termakbulnya doa sekiranya makanan yang masuk ke dalam badan kita adalah haram,ada dua jenis haram di sini,iaitu makanan itu sendiri haram dan sumber mendapatkan makanan itu dari pekerjaan yang haram,tetapi di dalam topik ini kita berbincang mengenai makan yang bercampur dengan benda yang haram.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan Abu Muslim dari Abu Hurairah: “Di antara nilai hukum yang diisyaratkan ialah peri mustahaknya makanan yang halal bagi orang yang beriman dalam hubungannya dengan ibadat dan doanya kerana untuk penyempurnaannya tidak sahaja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya tetapi memerlukan pula kepada halal makanan dan pakaian yang digunakan setiap hari.”

Satu lagi hadis yang menyebut mengenai perkara ini:
Rasulullah SAW bersabda kepada Saad bin Abi Waqas yang meminta Baginda bermohon kepada Allah supaya doanya diterima: “Hai Saad, baguskanlah makanan engkau. Nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan permintaannya dan demi diri Muhammad di tangannya sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan (menyuapkan) makanan ke perutnya tiada diterima Allah daripada amalnya 40 hari dan mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari benda yang haram maka api neraka lebih layak dengannya.”

Jadi, aku telah berkongsi serba sedikit maklumat mengenai perkara ini dan pentingnya menjauhkan diri dari makanan – makanan yang ada bahan – bahan yang diharamkan oleh agama Islam. Terpulanglah pada anda untuk berkongsi perkara ini dengan saudara – saudara yang lain,kepada Secret Recipe dan Tesco, mungkin syarikat – syarikat ini tidak mengetahui pada awalnya produk pembekal mereka mempunyai DNA Babi,kerana pada awalnya Puratos ada status halal yang kemudiannya ditarik kembali oleh Jakim,jadi pihak Secret Recipe dan Tesco hanya perlu menukar kepada pembekal yang lain yang benar – benar halal dan nyatakan secara terbuka di media untuk pengetahuan ramai yang anda tidak menggunakan bahan – bahan tersebut supaya ianya jelas kepada pengguna Islam di Malaysia.

Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai hamba kepada Tuhan,marilah lakukan bersama.

Sumber: Abdullah KAS

Update! 3:35am 26/05/2011
Kenyataan rasmi dari Secret Recipe Malaysia
Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut:
Update! 4:06am 26/05/2011
Kenyataan rasmi dari JAKIM
PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :
  1. Menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
  2. Mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );
  3. Melakukan proses samak dan
  4. Mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
Islam itu indah 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular