Wednesday, May 25, 2011

NAJIB + MUSA Vs SHAFIE?


KEBIMBANGAN Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terhadap kemaraan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semakin memuncak ekoran ‘Bisikan Kalbu’ yang semakin mendesah kerana musuh politik Shafie, Datuk Seri Panglima, Musa Haji Aman begitu berjasa kepada UMNO dan pernah menghulurkan bantuan ketika UMNO dalam keadaan nazak.


Shafie, manusia yang tidak mengenang budi dan jasa, menongkah arus mencipta sengketa dengan menyerang kubu kuat Musa dan melancarkan ‘Saiwar’ melalui Task Force UMNO (KDM) yang menjadi ‘Kuda Liar’ tanpa pelana; menyerang keutuhan perpaduan UMNO dari dalam dengan bantuan dan sokongan seteru Musa Aman.


Persoalannya, dalam keadaan ekonomi Sabah berada pada landasan yang terbaik dan transformasi ekonomi sedang dijayakan melalui pelbagai projek termasuk NKRA dan Agropolitan, hasil kerja keras Musa; berbaloikah Najib menurut hasutan Shafie untuk menerajui Kerajaan Negeri Sabah menjelang pilihanraya umum yang dijangkakan enam bulan dari sekarang.

Kegelojohan Shafie melancarkan perang saraf melalui gurkha politik yang hanya tahu mengejar projek, tetapi gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan, menyebabkan taktiknya mudah dihidu sehingga misinya sering kali gagal.

Shafie dan Najib tidak mempunyai alasan untuk memecat Musa sebagaimana Chin Su Phin membaling najis ke muka Najib kerana gagal menyingkirkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sehingga Sarawak kehilangan 16 Kerusi kepada Pembangkang pada pilihanraya umum ke 10 lalu menjadi ‘Nujum Pak Belalang’ menuding jari kepada Musa yang akan menyebabkan Sabah kehilangan banyak kerusi pada pilihanraya umum kelak.

‘Teori Pemusnah’ Chin Su Phin adalah permata minda Shafie melalui asakan Peter Anthony, Christinus Chiu, John Ambrose, Mohd Yusof Apdal, Alfred Chan, Rahim Ismail, Jasa Haji Rauddah, Yusof Yakub dan semua kroni yang mendapat imbalan projek daripada Shafie.

Perlantikan Chin Su Phin sebagai ‘Senator’ langsung tidak memberi kesan kepada BN Sabah kerana Musa mempunyai ‘Akar Politik’ yang kuat tetapi tertanam di dalam tanah sehingga sukar untuk meramalkan tindakannya; apatah lagi mempunyai Komando (You Command, I Do) yang hanya bertindak atas arahan Musa.

Namun asakan, serangan dan gerakan perang saraf yang dilakukan Shafie selama ini gagal melumpuhkan Musa yang menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha memperkukuhkan ekonomi Sabah melalui ‘Think-Thank’ beliau sendiri yang gagal dibolosi Gurkha Politik Shafie, termasuk Azman Ruslan dan Jamawi Jaafar.

Bagaimanapun, Najib memerlukan orang tengah atau penasihat untuk menyelesaikan sengketa antara Musa-Shafie dan calon terbaik untuk melakukan ‘Gencatan Senjata’ ialah Tun Dr Mahathir Mohammad yang masih disegani kawan dan digeruni lawan.

Hanya Mahathir tahu apa rahsia Musa dan Shafie dan ternyata Mahathir masih Pro-Musa kerana bersetuju membubarkan Sistem Ketua Menteri Merry Go-Round sebaik sahaja Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Kes rasuah Shafie sejak era NBT yang bertompok-tompok di SPRM dan fail siasatan Musa yang dibuka ekoran rencana politik Shafie yang mengupah anak saudaranya ke Hong Kong bagi mendapatkan bukti palsu melalui penahanan orang yang dikhabarkan paling rapat dengan Musa, Michael Chia Thien Foh; masih gagal mengaitkan Musa dengan skandal berkenaan; hanya diketahui Mahathir dan Pak Lah yang memegang butang ‘Freeze’ ketika itu.

Namun apakah Shafie atau Musa akan mengalah dan duduk di meja perundingan jika masing-masing merasakan diri mereka mempunyai kekuatan untuk melakukan ‘bidikan terakhir’ untuk melumpukan musuh mereka.

Sebagai tokoh yang mendapat jolokan ‘Golden eye boy’ Najib, Shafie tentunya merasakan peluangnya untuk menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah semakin hampir tetapi mungkin terhalang kerana Najib tidak mempunyai kekuatan untuk menyingkirkan Musa, tokoh berjasa kepada UMNO!

Dalam masa yang majoriti Adun dan Ketua Bahagian UMNO di Sabah mempersoalkan kenapa Musa perlu diganti ketika ekonomi Sabah semakin stabil dan rizab negeri pada tahap tertinggi dalam sejarah Kerajaan yang pernah memerintah negeri ini.

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular