Pengarah sebuah NGO penganut Syiah Ar-Ridha Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan empat pengikutnya semalam sebagai tindakan biadap dan suatu bentuk penindasan.
Ini kerana dakwanya, agensi kerajaan itu menahan mereka tanpa waran dan tidak mengikut saluran undang-undang yang betul.
"Tindakan JAIS dalam membuat serbuan dan menahan empat anggota Syiah adalah bercanggah dengan Artikel 11, Perlembagaan Malaysia, yang menyebut agama Islam sebagai agama rasmi dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengamalkan ajaran agama mereka," kata Mohd Kamilzuhairi (atas, berseluar cokelat).
Beliau berkata mereka ditahan kerana didakwa menyebarkan ajaran mazhab Syiah walaupun majlis itu sekadar majlis jamuan makan yang diadakan setiap tahun bagi mengingati kelahiran puteri Rasulullah SAW Fatimah Az-Zahra.
Semalam, beliau bersama tiga lagi rakannya - Radin Ahmad Faizul Radin Mohd Hambali, Mohd Asyraf Ahmad dan Syed Mohd Shafik Syed Hussin – ditangkap ketika mengadakan satu majlis jamuan makan yang berlangsung di Dataran Rakyat, Taman Sri Gombak.
"Ini kerana pihak penganjur telah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (Rela) untuk menganjurkan majlis tersebut," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak JAIS menggugurkan segala pertuduhan ke atas mereka kerana mendakwa majlis tersebut telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.
Katanya, mereka juga akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 7 Jun depan.
Sementara itu, kumpulan berkenaan juga membuat laporan polis berhubung dua artikel yang didakwa berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 23 Mei 2011 bertajuk "Masyarakat mesti disebar luas bahaya Syiah" dan "Tiada sebab terima Syiah di Malaysia" semalam. Kedua-dua artikel itu tulisan Hasliza Hassan
Mohd Kamilzuhairi berkata pihaknya juga akan menganjurkan solat hajat di seluruh negara atas sikap biadap JAIS itu.
Empat anggota Syiah ditahan JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya menangkap empat anggota ajaran Syiah di Gombak, termasuk ketuanya Mohd Kamil Zuhairi dalam sambutan ulangtahun kelahiran puteri Nabi Muhammad di Gombak sebentar tadi.
Jurucakap majlis itu Radin Ahmad Faizul berkata, selain Mohd Kamil, beliau sendiri ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak.
Dua lagi, menurutnya hanya dikenali sebagai Syed Syafiq dan Ashraf. Nama penuh mereka belum diperoleh setakat ini.
Sebelum itu, Radin berkata, lebih 20 anggota JAIS kelihatan hadir di majlis itu selepas berlangsung 20 minit bermula jam 12 tengah hari.
Ketika itu, tambahnya, JAIS cuma mengambil kad pengenalan beberapa tokoh penting penganjur, termasuk Mohd Kamil.
"Lagi pun majlis itu cuma majlis makan-makan sahaja," kata Radin sambil mendakwa mereka mendapat permit polis untuk menganjurkan acara itu.
JAIS: Langgar fatwa
Kira-kira 500 orang hadir dalam program sambutan ulangtahun Fatimah Az-Zahrah yang diadakan di perkarangan hauzah atau markaz mereka di Gombak.
Ketua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan JAIS Mohamad Rais Rasid (kiri) ketika dihubungi Malaysiakinimengesahkan tangkapan empat orang itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana pihaknya merancang mengadakan sidang media khusus tentang perkara itu esok pagi.
"Mereka ditangkap kerana melanggar fatwa (dengan menyebarkan fahaman Syiah)," katanya ringkas.
Pada Disember tahun lalu, JAIS telah menahan seramai 128 pengikut Syiah -- aliran yang diharamkan negeri itu pada tahun 1989.
Bagaimanapun, dianggarkan terdapat kira-kira 40,000 mengikuti ajarannya di negara ini secara senyap-senyap. - malaysiakini

Tengku Manshor · Sek men sultan yahya petra
saya syorkan adakan muzakarah ilmu sunni + syiah di mesia, Islam itu dengan Ilmu kuasa tidak bolih mengubah persepsi serta mencipta banyak salah faham.(jakim, jais, yadeim dan ulama2 umno dan pas di mana jemput semua - bincang sampai selesai).
No comments:
Post a Comment