Monday, April 25, 2011

KHURAFAT,MISTIK DAN KEBATINAN VIRUS AJARAN SESAT - Siri 2

Assalamualaikum Wbr...


Bila bertemu yang ganjil....dan pelik.....benda itu menjadi alat pemujaan sesetengah manusia.

Batu-Batu Cincin juga dikatakan punyai kuasa pada Pemakainya.   Yang Maha Berkuasa hanyalah Allah SWT

4. PUNCA TERJADINYA AMALAN-AMALAN KHURAFAT

1- KEJAHILAN: Inilah faktor utama kenapa manusia sanggup melakukan amalan-amalan khurafat dan syirik, sebab itulah Islam amat menitik beratkan umatnya agar sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu bahkan menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan keatas setiap individu muslim Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala: 
Yang bermaksud: Katakan wahai Muhammad; adakah sama mereka yang mengetahui sesuatu dengan mereka yang tidak mengetahui 

2- KEPENTINGAN PERIBADI: Bagi mendapatkan sesuatu dari kepentingan duniawi manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa menggadaikan akidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala: 


إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا 
Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh . 

3- NIAT YANG JAHAT: Sesungguhnya diantara hikmah kenapa adanya syurga dan neraka ialah kerana adanya manusia yang baik dan ada yang jahat yang saban hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan amalannya itu sepertimana Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala: 

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّتُنذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ
Yang bermaksud: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur'an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada umulqura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga dan segolongan masuk neraka .

4- PERGAULAN: Faktor ini juga terkadang menjadi sumbangan penting kearah terjebaknya seseorang dengan amalan khurafat seperti ikut kawan pergi menurun nombor ekor, ajaran Black Metal dan sebagainya. Sepertiman firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ 
Yang bermaksud: Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) .

5- KEADAAN SEKELILING: Suasana masyarakat yang tidak diikat dengan undang-undang agama juga adalah faktor berleluasanya ajaran khurafat, oleh itu faktor ini juga penting untuk diberikan perhatian serius oleh mesyarakat muslim atau mana-mana organisasi agama agar tidak wujud masyarakat yang mendorong kearah berlakunya ajaran khurafat seperti dizaman jahiliyyah 

6- ADAT KEBIASAAN: faktor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama kearah berterusannya amalan khurafat dalam kehidupan manusia dengan slogan “Biar mati anak jangan mati adat” seterusnya menjadikan mereka begitu bersemangat mengadakan amalan khurafat secara berterusan seumpama mengadakan upacara bersemah atau menjamu hantu, hulubalang, roh semangat dan sebagainya. Al-Quran menyatakan hal ini dengan firman Allah Subhanu wa Ta‘ala: 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ آبَاءكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاء إَنِ اسْتَحَبُّواْ الْكُفْرَ عَلَى الإِيمَانِ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ 
Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. .

FirmanNya lagi : 

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْاْ إِلَى مَا أَنزَلَ اللّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُواْ حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلاَ يَهْتَدُونَ 
Yang bermaksud: Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk? .

7- KEPERCAYAAN KARUT: Sebelum kedatangan Islam masyarakat kita telah lama menganuti ajaran agama hindu dengan kepelbagaian fahaman dan upacara yang karut-marut,sehinggakan apabila datangnya Islam menghapus sedikit demi sedikit amalan tersebut, walaupun begitu sebahagiannya masih segar bak jambangan dipagi hari disebabkan penyesat manusia yang pertama masih berleluasa hidup dan menyesatkan manusia dan menagih janjinya pada Allah untuk menyesatkan manusia sekeliannya, sepertimana Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala: 

# قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ # قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ # إِلَى يَومِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ # قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ # إِلاَّ عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ 
Yang bermaksud: Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan". Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh. Sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan" . Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka" . 

8- PENGARUH POLITIK: Demi mendapatkan kuasa dan kedudukan duniawi yang sementara manusia sanggup untuk terlibat dengan gejala khurafat seperti mendapatkan bantuan bomoh-bomoh upahan atau bomoh VIP seperti yang banyak terbentang didada-dada akhbar (kes Mona Fendy) dan sebagainya, begitu juga mereka yang terlibat dengan ajaran-ajaran khurafat dan ajaran sesat menyelamatkan diri melalui saluran politik (kes ajaran Taslim, Kg Seronok, Bayan Lepas, PulauPinang / kes Ayah Pin di Terengganu)]

InsyaALLAH Bersambung ke siri yang ke 3.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular