Torres mencipta gol pertamanya buat Chelsea
ENGLAND, (D5) - Manchester United terus memperkukuhkan penguasaannya dalam Liga Perdana Inggeris apabila menumbangkan Everton 1-0 di Old Trafford, lewat malam tadi.
Dalam perlawanan itu, United pada awalnya dilihat sukar untuk menggagalkan pertahanan Everton sehinggalah Javier Hernandez berjaya menamatkan kebuntuan gol di minit ke-83, sekaligus memberi tiga mata tambahan untuk United.
Skuad itu kini semakin selesa di persada liga dengan mengumpul 73 mata, enam mata meninggalkan pencabar terdekat Chelsea (67) yang menewaskan pasukan tercorot, West Ham 3-0.
Setelah sekian lama menanti, akhirnya Fernando Torres berjaya mencipta gol pertamanya buat Chelsea pada minit ke-84, sebelum Malouda manambahkan jaringan di minit-minit akhir perlawanan. Pun begitu, Lampard terlebih dahulu menceriakan Stamford Bridge dengan jaringan di minit ke-44.
Dalam perlawanan lain turut menyaksikan Liverpool berpesta gol dengan membenam Birmingham 5-0 di Anfield. Ia hasil hatrik pemain Rodriguez (M7, M66, M73) serta jaringan Kuyt (M23) dan juga Cole (M86).
Sementara itu, Sunderland pula berjaya menewaskan Wigan 4-2 ketika kedua-dua pasukan beraksi di Stadium of Light. Gol Sunderland dijaringkan oleh Gyan (M55), Henderson (M66, M77) dan Sessegnon (M73), manakala dua gol Wigan masing-masing dijaringkan oleh Diame (52) dan Di Santo (M90).
Di Villa Park, lain pula berlaku apabila Aston Villa terpaksa berkongsi satu mata dengan Stoke selepas masing-masing terikat 1-1. Gol dijaringkan oleh Bent (Aston VIlla) pada minit ke-43 dan Stoke pula memperoleh gol menerusi Jones pada minit ke-20.
Pertemuan yang berlangsung di Bloomfield Road turut menyaksikan Blackpool dan Newcastle seri 1-1. Newcastle terlebih dahulu memperoleh gol menerusi Lovenkrands (M17) sebelum Blackpool menyamakan kedudukan di minit ke-32 menerusi Campbell.
Keputusan seri pada saingan malam tadi turut terjadi dalam pertemuan antara Tottenham dan West Bromwich (2-2) serta Wolverhampton dan Fulham (1-1).
Tottenham memeperoleh gol menerusi pemain Pavlyuchenko (M27) dan Defoe (M66), manakala West Brom meraih gol masing-masing hasil jaringan Odemwingie (M5) dan Cox (M8).
Keputusan : MANCHESTER UNITED 1 - 0 EVERTON
Pemain Manchester United, Javier Hernandez (kiri) menanduk masuk gol kemenangan pasukannya. Kelihatan penjaga gol Everton, Tim Howard (kanan) gagal menampan bola tersebut dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester
http://feeds.feedburner.com/BulanPurnama
No comments:
Post a Comment