Saturday, October 6, 2012

TAIB vs SPRM : Sape lebih kuat!!!

Walaupun anak ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir menjadi kaya raya hasil manfaat daripada negeri, Peruntukan undang-undang sedia ada tidak membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Tan Sri Taib Mahmud atas dakwaan salah guna kuasa.
 

 Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Mohd Shukri Abdull berkata, Taib sama ada mengisytiharkan kepentingannya atau tidak hadir semasa mesyuarat yang membuat keputusan menganugerahi projek negeri kepada Bekir dibuat. 

"Berhubung anaknya, dan pengakuan (bekas) menantunya di mahkamah. Betul, dia menerima konsesi seperti balak, yang boleh dijual dan menghasilkan banyak wang. "Tetapi dia mohon projek itu dan dapat. Bapanya tidak membuat keputusan, ia diluluskan oleh ahli exco (kabinet Sarawak). Ini kelemahan undang-undang," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini. 

Mohd Shukri diminta mengulas sama ada keterangan dalam kes Bekir dan bekas isterinya Shahnaz A Majid yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah boleh digunakan sebagai bukti terhadap ketua menteri. "Kamu sebut namanya (Taib), bukan saya," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular