Monday, October 1, 2012

#DebatBajet2013 : Sah Najib pengecut +Video


KUALA LUMPUR 1 Oktober: Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi.
Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu. Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini. Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman. 

Beberapa MP BN, antaranya Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pula dilihat berada di luar Dewan ketika Anwar berucap. 

Ketiadaan Najib menyebabkan beberapa MP BN terpaksa mempertahankan kelemahan Kerajaan Pusat, walaupun menggunakan maklumat yang salah. Antaranya, berhubung isu ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang dan pencapaian ekonomi Kerajaan Selangor. 
Anwar berkata, sudah menjadi tradisi Menteri Kewangan untuk hadir ke Parlimen ketika sesi bahas belanjawan negara. “(Sudahlah) debat tak berani, bahas dalam Parlimen pun tak sanggup. (Akhirnya Menteri Kewangan) Suruh ‘backbenchers’ (Ahli Parlimen biasa) pertahan, sedangkan mereka tiada dalam kabinet kerajaan dan tidak tahu dasar (yang tepat),” tempelak Ketua Umum KEADILAN itu. 

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencabar Perdana Menteri berdebat mengenai Bajet 2013. Separuh ucapan Najib pada penggulungan Bajet 2013 Jumaat lalu mengkritik Pakatan Rakyat. “Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” cabar Anwar. 

Beliau turut bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran itu. Dalam sesi itu, Anwar juga menyentuh mengenai dasar-dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan. 

Mengulas Bajet 2013, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai bajet politik semata-mata. Katanya, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk ‘one off’ kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihan raya umum nanti. 
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Najib ketika membentangkan Belanjawan 2013 lalu yang bertukar kepada ucapan pilihan raya membayangkan ketakutan Perdana Menteri. “Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib sangat tidak yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di Parlimen. keadilandaily.com 



 
 Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas 
Okt 1 2012 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu. "Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi. 

Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu. Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara. 

Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan. "Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya. 

Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi. "Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar. mk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular