Thursday, October 4, 2012

Panas!! Selepas SPIN keliling, akhirnya Ali Rustam kantoi, SPRM perlu bertindak!!!

Majlis perkahwinan anak Ali Rustam semakin panas... 
kejap Ali Rustam kata murah je belanja kahwin tu.. 
lepas tu pulak setiausahanya kata semuanya free dan dibuat secara percuma oleh pengendali perkhidmatan yang terlibat...

lepas tu Ali Rustam kata perbelanjaan yang murah dimaksudkannya tu adalah HANYA bernilai RM600,000 untuk 60,000 orang... Ali kata satu kepala RM10 jer... tu yang dia kata murah sesangat tu... 

Tapi sekarang ni... tersebar pulak satu surat yang menunjukkan agensi kerajaan negeri Melaka dipergunakan... 

Surat tersebut adalah surat untuk memanggil pihak-pihak agensi kerajaan Negeri bagi mengadakan satu mesyuarat khusus untuk majlis perkahwinan anak lelaki Ali Rustam... 

Perkara dalam tajuk surat tersebut ialah : 
"Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" 

Surat tersebut ditujukan kepada orang-orang penting agensi Kerajaan Negeri Melaka :
Tuan Haji Kamaruddin Mat Shah (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah) 

Encik Shahdan Othman (Setiausaha Majlis Perbandaran Alor Gajah) 

Tuan Haji Murad Bin Husin (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin) 

Puan Ainu Nizla Kasman (Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin) 

Ir. Haji Zainuddin Bin Abdul Samad (Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal) 

Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin :

@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? [ 

@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]

Anak lelaki Ali Rustam nak kahwin tapi agensi kerajaan negeri dipergunakan..? Dan menurut satu pendedahan... 
di dalam minit mesyuarat berkenaan juga menyatakan bahawa tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma. 

Anak lelaki Ali Rustam ni siapa..?Liang Lahad

NONEMahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi kerajaan Melaka 

Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen hari ini. 

Mahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan bahawa mesyuarat PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September. 

Menurutnya, pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi. 

Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi, menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma. 

Menurut salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri pada 30 September 2012. 

Beliau seterusnya menekankan bahawa semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada ketua menteri atau kerajaan negeri.(malaysiakini)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular