Tuesday, October 2, 2012

Gempaq!! Najib akui 'FITNAH' bukan senjata Pembangkang


Selalu cai-cai UMNO mengatakan PR ni hanya tau membangkang jer...tapi kali ni admin bersetuju jugalah dengan DS Najib walaupun tak sepenuhnya....kehkehkeh...

Sebenarnya Pakatan Rakyat berjuang atas prinsip keadilan, ketelusan, kebajikan rakyat dan menentang segala salahlaku tadbir, penindasan, kezaliman, penyelewengan terhadap rakyat dll segala yang salah...

itulah senjata utama Pakatan Rakyat,bukan seperti apa yang Najib nyatakan itu.. Oklah apa yg admin bersetuju tentang perkara yg disebutkan itu ialah : 
Pertama : Kutuk - Kita mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang mengaut harta rakyat untuk kepentingan diri sendiri,kita mengutuk sesiapa yang makan rasuah, pembaziran, seleweng dan tidak amanah...seperti kes skandal NFC,Scorpene, PKFZ dan banyak lagi isu penyelewengan yang berlaku.  

Kedua : Hasut - Kita menghasut dan mengajak rakyat supaya berubah dari sesuatu yang buruk,zalim dan korup kepada sesuatu yang lebih baik dan adil untuk semua.. 

Ketiga : Janji - Kita berjanji kepada rakyat jelata bahawa kezaliman di dalam sistem negara kita ini akan diubah kepada satu sistem yang adil dan yang lebih baik untuk semua.. 
kita berjanji,BN pun berjanji,semua orang berjanji kerana janji itu adalah ikatan kepada hari ini kepada sesuatu yang bakal dilaksanakan pada hari esok...kita telah buktikan dinegeri yang kita tadbir...apabila ekonomi ditadbir dengan telus maka rakyat yang akan mendapat hasilnya... 

P/S : Maknanya fitnah bukanlah senjata pembangkang...Tapi Najib terlupa senjata utama UMNO/BN adalah FITNAH...kuikuikui

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular