Monday, August 13, 2012

Nazri dan KJ memperlihatkan kebodohan sendiri

Bapa katak: Nazri kena terima hakikat BN ditolak 
KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diingatkan agar menyemak semula sejarah pada 1998 membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada tahun tersebut, negara mencatat sejarah apabila Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dipecat dari Umno oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Justeru, tegas Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin, tidak timbul isu Anwar melompat parti sepertimana yang dikatakan Nazri. "Jangan kerana sikap terlalu ingin mempertahankan BN dan Umno, sehinggakan beliau mengeluarkan kenyataan tanpa meneliti semula sejarah, dan hanya memperlihatkan kebodohan sendiri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nazri yang mengatakan Anwar sebagai 'bapa katak' ekoran tindakan beberapa pemimpin BN di Sabah bertindak keluar parti dan menyokong Pakatan Rakyat. Shamsul berkata, soal lompat parti itu bukan satu perkara penting, sebaliknya punca mengapa seseorang itu lompat parti lebih penting. 

"Saya sendiri tidak berapa minat menggunakan istilah lompat ini kerana ia mendatangkan impak negatif, sedangkan sebenarnya tidak ada masalah pun istilah lompat itu. Bagi saya yang penting, mengapa seseorang itu berpindah atau bertukar parti," tegas beliau lagi. Shamsul juga menegaskan kebanyakan pemimpin BN yang bertindak keluar parti adalah atas kehendak mereka sendiri, dan tidak seperti pemimpin Pakatan Rakyat yang keluar parti menyokong BN. Tidak seperti BN, dakwa beliau kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat yang menyertai BN dikatakan mendapat laba bagi seperti beberapa bukti yang sebelum ini didedahkan PKR. "Berbanding di pihak Pakatan Rakyat, ramai yang berminat menyertainya atas kesedaran sendiri. 

Jika tidak (ada unsur rasuah), sudah tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka kertas siasatan," tegas beliau. Dalam pada itu, Shamsul berharap Nazri berpijak di bumi nyata dengan fenomena penyertaan pemimpin dan tokoh Umno ke Pakatan Rakyat, sama ada PAS atau PKR. "Terimalah hakikat, semakin ramai yang tidak berminat dengan BN. Berpijaklah ke bumi nyata," kata beliau lagi. -harakahdaily

Khairy mahu akta antilompat parti digubal 
Khairy Jamaluddin KUALA LUMPUR - Pembelotan beberapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai oleh pembangkang sebagai "pembelotan pemimpin berpengaruh" hanya gimik pembangkang untuk "mengaburi mata rakyat", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. 

Beliau berkata, ini kerana pemimpin tersebut sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN

Memberikan contoh kes Tamrin Tun Ghafar yang keluar Umno untuk menyertai Pas malam semalam, Khairy berkata, ia merupakan taktik pembangkang kerana Tamrin sendiri sudah lama tidak aktif dalam politik Umno, dan ini merupakan satu cara untuk beliau "kembali berkecimpung dalam politik". "Saya fikir media yang propembangkang menonjolkan berita pembelotan ini untuk menjadikannya tampak besar dan teruk, tetapi sebenarnya tidak. 

“Seperti (Datuk Seri) Wilfred Bumburing, beliau tidak lagi dikehendaki oleh penduduk Tuaran sebagai calon mereka dan Lajim (Datuk Seri Lajim Ukin) juga tidak lagi menjadi pengaruh kuat parti. "Tetapi (Ketua Pembangkang) Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) apabila orang dari pihak kami menyertai pihaknya, beliau berkata mereka tidak lagi sukakan kami dan ia demi rakyat, tetapi orang dari pihaknya tukar parti (ke BN), beliau kata ianya kerana kami berikan wang. 

Saya sudah jelak mendengar semua pembohongan ini. Jangan perkecilkan kebijaksanaan rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu, beliau dan pemimpin Pergerakan Pemuda BN mengiringi dan membantu 40 kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun dari Pusat Aktiviti Kanak-kanak Chow Kit, membeli barangan keperluan untuk menyambut Aidilfitri di sebuah pusat beli-belah di sini. 

Khairy berkata, beliau berharap Parlimen akan menggubal undang-undang antilompat parti supaya anggota Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka sebelum mereka "menyertai parti lain". SH

BILA KENA KAT ORANG TAK PERLU BUAT...TAPI BILA KENA BATANG IDUNG SENDIRI SERTA MERTA CADANGAN DIKELUARKAN....KAHKAHKAHKAHKAH PAKU DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG AWAK TU YG LEBIH - KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular