Monday, August 13, 2012

Bapa hang jadi PM 22 thn pun tak tunai janji kah kah kah

PAS tempelak Mukhriz 
Datuk Mahfuz Omar tuduh bapa dia jadi Perdana Menteri 22 tahun pun tak tunaikan janji.

PETALING JAYA: PAS menempelak kenyataan Timbalan Ketua Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berhubung isu tema kemerdekaan kerana bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pun tidak mengotakan janjinya. 

“Bapa dia jadi Perdana Menteri 22 tahun pun tak tunaikan janji. Dr Mahathir gagal capai matlamat Dasar Ekonomi Baru. “Itu dakwaan kosong Mukhriz. 

Sejumlah 95 peratus manifesto pilihanraya Pakatan Kedah, Kedah Sejahtera telah ditunaikan,” kata Mahfuz yang juga ialah Ahli Parlimen Pokok Sena . 

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas kenyataan Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semalam yang mendakwa kerajaan negeri Pakatan Rakyat takut menggunakan tema kemerdekaan kerajaan pusat ‘Janji Ditepati’ kerana banyak janji yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat tidak ditunaikan. 

Mukhriz turut mengkritik kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat yang kerana slogan berbeza meskipun kepimpinan pusat Pakatan Rakyat memilih tema “Sebangsa Senegara Sejiwa”. 

Mahfuz turut menjelaskan perkara ini. “Kerajaan negeri telah menolak tema Janji Ditepati sebelum pimpinan Pakatan Rakyat mengumumkan tema “Sebangsa Senegara Sejiwa”. “Yang pentingnya, kita tolak program politik (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Tun Razak yang dinaik taraf sebagai tema kemerdekaan,” kata Mahfuz. 

Beliau menambah bahawa sekarang Kedah akan menggunakan dua tema hari kemerdekaan iaitu “Sebangsa Senegara Sejiwa” dan tema kemerdekaan negeri Kedah, “Terus Berbakti”. FMT

Mukhriz: Pakatan takut guna tema Janji Ditepati  
mukhriz
JITRA - Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang tidak berani menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' untuk Hari Kemerdekaan tahun ini kerana banyak janji-janji mereka terhadap rakyat tidak ditunaikan. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata dalam tempoh empat tahun lima bulan selepas pilihan raya umum ke-12, banyak janji pembangkang dalam manifesto mereka tidak dilaksanakan. "Mungkin itu sebabnya mereka tak berani nak gunakan slogan (tema) itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Setiausaha JKKKP di Dewan Kodiang dekat sini petang semalam. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keengganan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' yang dipilih oleh kerajaan persekutuan sebagai tema Hari Kemerdekaan negara tahun ini. Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata berbeza dengan kerajaan persekutuan, tema itu dipilih kerana ia menunjukkan bahawa selama 55 tahun merdeka sehingga kini segala yang dijanji telah ditunaikan. "Kita juga boleh nampak dengan jelas wujud ketidaksepakatan antara mereka untuk buat satu perkara paling mudah iaitu tema untuk meraikan hari kemerdekaan," katanya. 

Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Kelantan dengan tema "Menerajui Perubahan" dan Kedah "Terus Berbakti" untuk sambutan kemerdekaan tahun ini. Mengenai tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Mukhriz meminta pembangkang menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sebangsa. "Saya ingat ia cuma slogan semata-mata dan digunakan hanya untuk menarik perhatian rakyat menjelang pilihan raya umum kelak," katanya. -Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular