Wednesday, August 15, 2012

Gempaq!! Senada dgn Hassan Jati.. Nasaruddin Mat Isa Akan Umum Masuk UMNO? +Video


Ternyata gambar ini walaupun ‘simple’ tetapi ternyata ia mengandungi sejuta makna yang tersirat.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa hari ini dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish. 


Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini. 

Mungkin adalah terlalu awal untuk mengaitkannya dengan ‘penghijrahan’ Nasaruddin ke dalam UMNO kerana yang pasti beliau masih seorang ahli Pas. 

Tetapi berdasarkan ‘gerak tubuh’ Nasaruddin sebelum ini, adalah tidak mustahil beliau akan menyertai UMNO seperti mana khabar angin yang bertiup kencang sejak akhir-akhir ini. 

Sama-sama kita tunggu....SUMBER 
Jangan Harap Nasharudin Nak Lepas MP Bachok 
Biarkan saja kalau dah perangai macam nie yang mengkhianat perjuangan, tidak akan semudahnya untuk melepaskan mandat ahli parlimen yang diberi oleh rakyat, sebagai ahli parlimen beliau mempunyai nilai dan harga yang tinggi bagi BN yang kian terdesak dari segi ISU dan sokongan yang kian merudum akhir-akhir ini. 

Kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud. 

Sudah tentu kenyataan ini satu cabaran supaya parti akan memecat beliau. - pkrl.blogspot.com

Pemuda PAS Ktan minta Nasharuddin lepas MP Bachok 
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti. "Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily. 

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud. 

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana. "DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini. 

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya. 

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya. "Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya. Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.

Harap Ust Nasharuddin tidak lupa.. Lihat Video ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular