Monday, August 13, 2012

Isu Ladang Rakyat : Rupanya UMNO duk jaja fakta tidak tepat


Kickdefella mohon maaf kepada Ladang Rakyat. 
Isu ladang rakyat di kelantan akhirnya selesai apabila blogger mesra umno mengakui dia tersalah memberikan fakta dan telah pun mengakui kesilapan nya di mahkamah dengan meminta maaf kepada pihak2 yang telah difitnahnya.

Rujuk berita terbitan harakah di bawah neh ; 

Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang silap dalam bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat". Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif. 

Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini. Ladang Rakyat diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff, manakala Aisha Mubarak mewakili defendan pertama. Pada prosiding hari ini Hafizulamin hadir bagi pihak plaintif. Defendan kedua kes terbabit Wadah Bakat Sdn Bhd sebagai penerbit buku berkenaan. 

Ladang Rakyat sebelum ini menyaman Syed Azidi dan Wadah Bakat Sdn Bhd kerana memaparkan fakta tidak tepat terhadap agensi berkenaan. 

Sebelum ini isu berkaitan Ladang Rakyat sering diketengahkan media dan blogger pro Umno bagi menghodohkan kerajaan negeri. Pernyataan mohon maaf itu antara lain menyebut kami, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan Wadah Bakat Sdn Bhd secara rela hati dan terbuka memohon maaf kepada Perbadanan Ladang Rakyat di atas kesilapan fakta dalam buku "ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat". 

“Kami menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap Ladang Rakyat dalam buku tersebut. Dan segala kehakiman di dalam buku tersebut amatlah dikesali. “Dengan ini kami bersetuju menghentikan pengedaran buku berkenaan dan sesungguhnya menyatakan maaf di atas fakta-fakta yang silap dalam buku tersebut yang telah menjatuhkan reputasi plaintif sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan negeri,” katanya. 

Blogger terbabit dan Wadah Bakat Sdn Bhd juga memohon maaf kepada Ladang Rakyat di atas segala kesulitan yang timbul akibat penulisan dan penerbitan buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat". Peguam Hafizulamin berkata, atas persetujuan tersebut, saman yang dikenakan terhadap kedua-dua defendan ditarik balik. 

Ini juga membuktikan segala apa yang dijaja oleh umno selama mengenai ladang rakyat boleh larh diragui sumbernya sebab kickdefella pun akui bahawa dia telah menyebarkan fakta yang tidak tepat mengenai isu tersebut. - Sozcyili.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular