Wednesday, August 15, 2012

Kekemetotan akal politik Hasan Akidah ..Woiitt!! mana Video Murtad??

Seperti mana dilapor Sinar Online, Hasan menggesa supaya Pas mengkaji balik kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Aik... cari penyakit Hasan ini bisik hati saya. Katanya ini kerana Pas gagal menyatakan pendirian sebelum ini yang hendak menegakkan Islam dan Hudud.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulamak Pas, Haron Taib yang memberi menegaskan Pas akan menegakkan Islam dan Hudud dan kalau ada halangan dalam Pakatan, Pas sedia mencari rakan baru. Kenyataan politik itu dipegang dan diramas oleh Hasan. 

Lucu juga saya apabila Hasan berpegang kepada kata-kata Harun Taib. Apakah beliau faham mengenai kedudukan Harun Taib dan kesesuaian (...........) beliau (Harun) menjelaskan perkara itu pada saat itu? Kalau Hasan Akidah arif dan faham politik dia tidak mengambil serius dengan kenyataan Harun itu. 

Pertama, (eh tiru bahasa cakap Hasan pulakk...), Harun Taib hanya sebagai ketua ulamak dan pandangan itu adalah pandangan peribadinya

Keduanya, (eh tiru lagi pakai poit..) Harun berkata begitu kerana itulah prinsip Pas. Soal hendak cari akan baru sekiranya Pas bermain dengan hudud dan hukum Islam itu hak Pas bukan Harun Taib

Sebagai ahli politik Harun akan melihat kiri dan kanan sebelum dia berkeras dengan prinsip dan dasar parti itu. Dalam politik untuk pengetahuan San... eh eh... kita tidak boleh jadi bijak sendiri. Betapa pun bijak dan munasbaah tetapi jika tidak mendapat sokongan jemaah, kita akan tertinggal. 

Sebab itu saya selalu katakan tidak ada kebenaran dalam politik, tidak ada kejujuran dalam politik, dan perjanjian dalam politik bukan untuk ditunaikan tetapi untuk dimungkiri. Jadi Hasan tidak boleh kaitkan kenyataan Harun Taib itu sebagai satu ketetapan dan penegasan Pas. 

Pas sebagai sebuah badan siasah akan memikirkan sedalam-dalamnya untung rugi buruk dan baik untuk melaksakan apa juga matlamatnya. Lebih penting Pas akan mengambil kira keutamaaan dan keselamatan parti berkenaan. 

Saya rasa Harun Taib juga bersikap sama. Sebab kalau Harun Taib bersikap pandai sendiri, seperti Hasan lakukan semasa beliau berada dalam Pas, sudah lama Pas akan hancur dan beliau pun akan ditendang oleh Pas. 

Dalam pada itu beliau juga menggesa Dewan Ulamak Pas mengkaji semula kedudukanya dalam Pakatan dan mengajar dewan itu tidak boleh bersetuju dengan perkara yang tidak disetujui. 

Sekali lagi saya hendak nyatakan, daya politik dan akal siasah Harun Taib lebih dalam dan panjang dari Hasan. Kekemetotan akal politik Hasan Akidah tidak boleh ditiru dan dipakai oleh Harun Taib. 

Bagi Hasan semua perkara senang, sesenang lidah dan mulutnya bercakap. Beliau mudah mengambil kesimpulan atas perkara-perkara yang rumit dan memerlukan tektikal dalam perjuangan. Mungkin kerana amalan itu maka beliau menerima padah dari apa yang dibuatnya kini. 

Kerana Hasan Akidah mengira dia akan menang ke atas tiga perkara dalam kemelut dihadapinya maka beliau kini terkanjar dari Pas. Hasan dipecsayai sangat yakin apabila beliau berdepan dengan jawatankuasa Pas beliau akan menang. Dia yakin beliau tidak akan dipecat dari Pas kerana merasakan dialah tokoh intelektual Islam yang utama dalam parti itu. 

Dia juga percaya bahawa Sultan Selangor akan mempertahankan dia sebab dia komited dengan Islam serentak itu kedudukannya sebagai Exco tidak akan terusik. Dan dia juga percaya apabila keluar dari Pas nanti berbondong-bodong orang Pas akan mengikut buntutnya macam anak ayam lapar padi. 

Walhasil, Pas tidak pun memandang keintelektualannya dan mengambil tindakakan memecat atas kesalahannya. Sultan Selangor juga tidak mempertahankan kedudukannya, menyebabkan jawatan Exco agama yang menjadi ruang untuk beliau berjuang dan memberi kawan-kawan makan selama ini terlucut dan terlepas kepada orang lain. 

Begitu juga yang mengikuti buntutnya bukan orang Pas tetapi orang Umno yang datang bertepuk mendengar ceramah Hasan yang mengutuk Pas

Terlanjur bercakap fasal Hassan Akidah, untuk apa dia memberi nasihat dan peringatan kepada Pas lagi. Tindakan itu menyebabkan orang boleh tuduh beliau kini seperti ayam gilakan sangkar

Untuk apa dia ingatkan Pas lagi kerana dia bukan ahli Pas sudah... eh stail orang Sabah pulak. Sama ada Pas hendak buat Islam, laksanakan Hudud itu Pas punya fasal. 

Melihat cara Hasan bangkit memberi ingatan kepada Pas itu tidak ubah persis sikap seorang suami yang cuba menasihat isterinya yang sudah diceraikan. Kalau sudah dicerai, tinggal sajalah. Usahkan dikenang dan disebut pun jangan. Apabila Hasan aysik menyebut dan terkenangkan Pas semacam ada sesauatu yang terlekat di hatinya. 

Hasan kena ingat apabila orang menceraikannya adalah kelemahan dan kecatatan fatal dibatan tubuhnya. Seorang isteri tidak akan minta cerai kalau suaminya penuh pengertian dan ideal. Tetapi bila isteri meminta cerai, adalah kelemahannya yang tidak boleh diatasinya. Kalau Hasan boleh diibaratkan si suami dan Pas adalah isterinya, boleh difahami kenapa Pas menceraikan Hasan kerana kelemahan yang ada kepadanya itu. 

Selalunya masalah utama antara suami isterinya ialah apabila si suami impoten (mati pucuk). Tidak usah ceritalah sehebat mana suami, pandai dan petah bercakap berdengar-degar macam pelakar, indah menyusun kata macam pendita tetapi kalau si anuhnya mati, ia tidak memberi guna barang setengah dinar Kelantan pun. 

Begitulah Hasan Akidah saya lihat dalam konteks memberi teguran kepada Pas, tidak ubah seprerti suami yang mati pucuk dan cuba menarik perhatian si isteri yang ditinggalkan untuk bersatu semula. 

Ketika ini dan hari ini kalau Hasan Akidah ikhlas dan bersungguh untuk menegakkan Islam dan hukum hudud Hasan cadanglah kepada parti Umno yang kini menjulang dan tertegun dengan pidato bambastiknya. Cubalah.. mana tahu takut-takut berjaya. Mat ... Mat mana? Ahmad Maslan lah... dah sahur ke? Macam mana dengan Sabah dan Sarawak nampak ponat tu? [wm.kl.1:41 am 14/08/12] - Artikel Penuh di SINI 

MENUNGGU VIDEO HASAN ALI SAMPAI MURTAD 

KERANA TUNGGU VIDEO HASAN ALI 

PENDIRIAN PAS MAKIN GOYAH : HASAN ALI - meloya 

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Pendirian Pas yang semakin lemah dalam memperjuangkan perlembagaan Islam termasuk elemen hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang akibat tekanan daripada DAP adalah menyedihkan. 

Hasan Ali berkata, pendirian Islam parti itu semakin goyah, tidak lain dan tidak bukan ialah kerana golongan 'parasit' dalam parti tersebut gagal bersuara dengan lantang setiap kali didesak DAP. 

Lebih menyedihkan, kata bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu, golongan parasit dalam Pas yang kini merangkumi 70 peratus daripada bilangan kepimpinan tertinggi parti berkenaan bukan berhasrat menegakkan perjuangan negara Islam, sebaliknya hanya berminat untuk menguasai kerajaan. 

"Saya sedih kawan-kawan dalam Pas sebagai parasit dan tidak ada seorang pun yang bersuara. 

KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH 

woit.... GOYAH KE... GONCANG KE... GUCANGH KE..... kah kah kah... 

klah kah kah.... SEMUA TAK PENTING... YANG PENTING MANA DIA VIDEO....kah kah kah.. 

kah kah kah...DAH LAMA TUNGGU VIDEO MURTAD..... kah kah kah.. 

kah kah kah...DAH LAMA TUNGGU KITAB INJIL PAKAI SOLAR POWER.... kah kah kah.. 

kah kah akh..... LAMA SANGAT TUNGGU... TAK SAMPAI SAMPAI.... kah kah kah.. 

woit...KALAU MACAM INI LEBIH BAIK MURTAD... kah kah kah... 

kah kah kah..... DARI MENUNGGU SAMPAI MATI.... kah kah kah - Tukar Tiub
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular