Tuesday, March 13, 2012

Kejam!! Adik Dirang Mangsa Culik disahkan dibakar

Al-fatihah buat adik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang yang jasadnya ditemui rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu

Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia itu sebagai milik Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, semalam.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah .

Nurul Nadirah dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi ketika anak kedua daripada tiga beradik itu telah diberi wang RM4 dan sekeping nota untuk membeli dua bungkus mi segera dan telur.

Ibu Mangsa Roselyn yang menerima panggilan dari pihak polis kira-kira jam 6.40 semalam sukar menerima kenyataan tersebut sehinggakan menangis tidak berhenti lebih sejam sambil berkata, “kenapa kasi mati anak aku..!!!"

Suasana sedih menyelubungi kediaman mangsa apabila ahli keluarga dan jiran tetangga yang hadir turut menangisi pemergian Dirang yang ditemui dalam keadaan menyedihkan.

Sementara itu, Norazian Bistaman, 40, ibu Nurin Jazlin, kanak-kanak yang dibunuh kejam pada September 2007 lalu, gagal mengawal sebak selepas mendengar berita Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, dipercayai dibunuh kejam sebelum mayatnya dibakar di sebuah ladang kelapa sawit di Nusai Damai, pasir Gudang Johor.

"Apa yang berlaku pada Dirang hampir sama seperti malang yang menimpa puteri kedua saya, Nurin Jazlin, di hadapan mata, saya seperti sedang ditayangkan peristiwa menimpa anak saya lebih empat tahun lalu."

“Tidak kisahlah sama ada pembunuh anak saya atau Dirang itu orang yang sama atau tidak. Tetapi apa yang saya hendak katakan, pembunuh itu pasti tidak akan terlepas. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tangan juga!” katanya lagi.

Tukanglawan sendiri amat sedih dengan apa yang terjadi, apalah dosa anak-anak kecil ini diperlaku sedemikian rupa, pakah negara kita sudah tidak selamat lagi, salah siapa semua ini?, sesuatu perlu dilakukan sebelum peristiwa ini berulang lagi.

Kita sama-sama mendoakan semoga Roh Adik Dirang dicucuri rahmat, kita juga harus sama-sama berdoa supaya si pelaku yang lebih hina dari seekor "binatang" ini cepat ditangkap dan dibicarakan, semoga "binatang" itu tidak akan terlepas dari hukuman, dan buat keluarga adik dirang, sekalung ucapan takziah diucapkan, ujian ini berat, tetapi itu ketentuan ALLAH..

Al-Fatihah.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/kejam-adik-dirang-mangsa-culik-disahkan.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular