Tuesday, March 13, 2012

Ahmad Maslan masih lagi nak tegakkan benang basah...aleh2 Anwar ngan bininya jugak yg salah

Pemimpin Umno menolak gesaan supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan dalam parti, dan menegaskan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengekalkan kerusi Presiden PKR walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa.[Ahmad Maslan]

Dalam banyak2 Menteri..., yang paling Goblok dalam kabinet dapor Najib adalah yang bagi kenyataan kat bawah tuuu..., dia nih sejak dulu lagi asyik mengoblokkan orang jer kerja dia, bertepatan dengan jawatan dia dalam parti lembu..., agaknya dia ni sememangnya dilahirkan untuk jadi Goblok kot... hahahaha...
Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata, walaupun kes NFCorporation masih disiasat, namun yakin Shahrizat mahu persepsi rakyat diperbetulkan dalam isu berkaitan.

"Ini adalah suatu pengorbanan yang wajar dihargai oleh semua pihak."

"Beliau masih tetap diperlukan khidmatnya sebagai Ketua Wanita Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana ramai akui kegigihan dan usaha beliau memimpin wanita sejak memegang jawatan itu," katanya pada satu kenyataan, hari ini.

Bagi dia tindakan Mami Lembu tu satu pengorbanan... hahahaha... pengorbanan kepala atok dia laaaa... mangkuk berayun macam tu pun boleh pegang jawatan Menteri... hahaha... makhluk umporno manalah yang pilih si goblok macam tu dalam pilihanraya... bangang tak sudah2...

Mangkuk goblok nih pun tau si Mami Lembu tu masuk kabinet Najib ikut jalan belakang lorong haji taib, di lantik jadi Senator lepas tu di angkat jadi Menteri... 8 April depan tamat tempoh sebagai Senator. Si Mami Lembu dah tau, sebab dia jadi liabiliti kepada Lembu2 lain... maka Mami Lembu ambik kesempatan tamat tempoh khidmatnya sebagai tarikh letak jawatan...

Keputusan dan pengistiharan tarikh letak jawatan mami lembu tu lakonan jer... untuk mengoblokkan mangkuk2 ayun macam Ahmad Maslan dan lembu2 umporno kampung 1Malaysia... hahahahahaaa...!!!!


Kalau 1st Class Goblok nih tak mau jadi Menteri Goblok, adalah lebih baik dia turut mendesak supaya Mami Lembu tu pujuk Lembu Jantan yang di akui sebagai laki dia tu pulangkan balik semua wang rakyat berjumlah RM250 juta tuuuu...

Itu duit kerajaan... duit rakyat... bukan duit keturunan mak bapak lembu tuuuu..., bukan dengan pengorbanan letak jawatan atau tak di sambung khidmat... boleh selesai kes... BANGANG punya Menteri aka Ketua Penerangan Goblok umporno...!!!!

Murid darjah satu buat ayat...: "Mami Lembu secara rela dalam paksa, berkorban dengan membiarkan badannya di lenyek dengan basikal Menteri Goblok untuk menyelamatkan Parti Lembu, semua lembu2 jantan dan betina terharu dengan pengorbanan Mami Lembu.."... hahahaha...

Lembu untuk di korbankan. Bukannya Lembu Berkorban.... hahahaha...

PS : HANYA LEMBU2 JE YG PERCAYA!!!
Jika kontrak tamat/tempoh perkhidmatan dh tamat,adakah itu dipanggil MELETAKKAN JAWATAN???

Umno gunakan Wan Azizah untuk mempertahankan Shahrizat
KUALA LUMPUR, 12 Mac — Pemimpin Umno menolak gesaan supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan dalam parti, dan menegaskan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengekalkan kerusi Presiden PKR walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata kepada pemberita bahawa keluarga Shahrizat belum lagi didapati bersalah terhadap sebarang salah laku tapi beliau sudah memutuskan untuk meletak jawatan daripada Kabinet berkuatkuasa 8 April depan apabila tamat tempoh penggalnya sebagai Senator, namun beliau mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Wanita Umno.

“Apabila Anwar dipenjarakan, Wan Azizah meneruskan jawatan sebagai Presiden. Mereka (keluarganya) hanyalah dituduh, belum lagi didapati bersalah. Jadi mengapa meletak jawatan?” kata Timbalan Menteri berkenaan merujuk kepada pertuduhan penyalah gunaan kuasa oleh Anwar pada 1998 selepas di singkirkan daripada jawatan timbalan Perdana Menteri.

Shahrizat pada November lalu turut mendesak Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai Presiden PKR atas kesalahan jenayah yang dilakukan suaminya sekiranya beliau dipaksameletak jawatan sebagai menteri terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang bernilai RM250 juta.

Amad turut menambah hari ini bahawa Ketua Wanita Umno itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat disebabkan kontroversi terhadap kerajaan, bukannya parti.

“Beliau membuat keputusan tersebut kerana beranggapan perkara itu akan memberikan kesan kepada kerajaan persekutuan,” katanya.

Naib Presiden Umno yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hisahmuddin Hussein turut mempersoalkan “berapa ramai pemimpin pembangkang ... berani untuk melakukan perkara sama yang telah dilakukan Shahrizat?”

Perletakan jawatan Shahrizat itu dibuat selepas empat bulan setengah pendedahan-pendedahan dibuat terhadapnya kerana menggunakan dana awam melalui Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) bagi membeli RM62 juta tanah, hartanah, dan pernelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu.

PKR dan DAP serta merta menuntut beliau meletak jawatan dalam parti dan bukannya menipu rakyat dengan mengumumkan perletakan jawatan “separuh hati”.

NFCorp ditugaskan untuk menguruskan projek penternakan lembu itu dipengerusikan oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan tiga anak mereka.

Projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan, telah dianugerahkan kepada syarikat tersebut pada 2006, yang mana Shahrizat merupakan ahli Kabinet pada ketika itu.

Beliau sebelum ini telah menolak gesaan meletak jawatan daripada pemimpin Umno termasuklah daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menegaskan beliau “hanyalah isteri” kepada Salleh, dan tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap entiti tersebut.

NFC menjadi topik hangat setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Nagara 2010 menyatakan projek berkenaan gagal mencapai sasaran.

Polis turut mengemukakan cadangan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah NFC atas tuduhan pecah amanah, namun Peguam Negara mengarahkan pihak berkuaa itu menjalankan siasatan dengan lebih terperinci.

Namun demikian, The Malaysian Insider difahamkan bahawa mereka akan didakwa di mahkamah hari ini.

Shahrizat telah dilantik sebagai menteri pada 2001 dan mengekalkan jawatan berkenaan sehingga 2008, apabila beliaun tewas dalam pilihan raya umum.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri berkenaan hal ehwal wanita dan pembangunan sosial, sebelum menyambung semula portfolio Kabinetnya setahun kemudian.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/ahmad-maslan-masih-lagi-nak-tegakkan.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular