Thursday, March 15, 2012

SPR Takut Keputusan Bocor, Rancang Undi Rosak?


Cubaan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menghentikan pengiraan awal kertas undi dalam pilihan raya akan datang berkemungkinan menyebabkan berlakunya undi rosak, demikian menurut pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan “tergesa-gesa” suruhanjaya berkenaan dengan menegaskan perkara itu tidak seharusnya dilaksanakan tanpa berbincang dengan parti politik dan pemerhati pilihan raya Bersih 2.0.

“SPR sedang merancang untuk berlakunya kerosakan besar terhadap pengundian di dalam negara. Sistem sedia ada sudah berkesan, mengapa perlu mengubahnya?” kata Ahli Parlimen DAP Charles Santiago kepada The Malaysian Insider.

Beliau menuduh SPR cuba menggangu proses pengundian, dan berkata tiada bukti berlakunya perubahan corak mengundi sekiranya pengiraan awal dibuat.

“Perkara ini perlu dibincangkan dengan mereka yang terlibat. Turut dipersoalkan adalah soal ketelusan. Bagaimana kita akan tahu yang undi tersebut tidak dirosakkan?” soal Ahli Parlimen Klang ini.

Kecanggihan teknologi Komunikasi seperti Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan media baru telah menyebabkan berlakunya kebocoran awal maklumat keputusan pilihan raya menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil keputusan untuk menghentikan sebarang pengiraan undi lebih awal untuk pilihan raya akan datang.

SPR mendapati perkara itu berlaku ketika pilihan raya di Sarawak April lalu, dan menjelaskan tindakan itu akan memberikan kesan terhadap pusat pengundian kecil di Sabah dan Sarawak yang ditutup awal kerana jumlah pengundi yang sedikit.

Timbalan Pengarah SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengingatkan bahawa pemberitahuan awal terhadap keputusan pilihan raya adalah “salah” di sisi undang-undang dan hanya pihaknya dibenarkan untuk mengumumkan keputusan penuh pilihan raya.

Namun begitu, Naib Presiden PKR Fuziah Salleh menjelaskan beliau memahami maksud SPR tersebut, terdapat lagi “kerisauan” bahawa akan berlakunya undi rosak sekiranya tindakan tersebut dilaksanakan.

“Tindakan itu disasarkan untuk kawasan pengundian, pusat pengiraan undi, dengan populasi yang rendah, kawasan pedalaman, yang ditutup pada jam 2 petang kerana kurang bilangan pengundi.

“Tapi, pengiraan dibuat selepas atau sebelum peti undi di bawa ke pusat pengundian? Bagaimana kita hendak memastikan sama ada pengiraan itu sah?” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Kuantan itu berkata agen pengundian PR dan Barisan Nasional (BN) harus hadir bagi menjadi saksi kepada pengiraan undi yang harus dilaksanakan sebaik sahaja proses mengundi tamat pada jam 5 petang.

“Mereka harus mengira undi tersebut sebelum membawanya ke pusat pengiraan undi,” tambahnya.

Tambahnya, perkara itu akan mempengaruhi corak pengundian dan mengganggu proses pilihan raya sekiranya parti-parti politik menyambut kemenangan awal mereka sedangkan pengundi di kawasan lain masih lagi membuang undi.

“Sepatutnya calon ini menang dalam peti undi tertentu, dan agen yang mengira undi tersebut memberikan jumlah tersebut melalui SMS ... kemudian pemimpin parti, tanpa mengendahkan peti lain masih lagi menjalankan proses pengundian telah mengumukan kemenangan mereka.

“Perkara seperti ini bertentangan dengan undang-undang keana pengumuman hanya boleh dibuat setelah keseluruhan peti undi dikira,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Kota Kinabalu semalam berkata bahawa pengiraan awal kertas undi tidak akan dibenarkan ketika pilihan raya umum depan.

Menurut laporan The Star Online, Abdul Aziz berkata pihaknya telah mengesan terdapatnya individu yang menjadi agen kepada calon membocorkan maklumat awal melalui SMS ataupun Twitter.

Wan Ahmad menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah mengalami “beberapa pengalaman buruk” sewaktu pilihan raya di Sabah dan Sarawak.

Tambahnya, sesetengah kawasan pengundian di Malaysia Timur ditutup awal sekitar 1 petang dan SPR membenarkan pengiraan boleh dimulakan pada jam 2 petang.

“Tetapi, satu atau dua pemimpin parti berhasrat untuk bercakap kepada media ... malah mereka telah mengumumkan kemenangan mereka, termasuk majoriti sekali.

“Matlamat mereka hanyalah untuk mengganggu moral lawan, namun ini juga merupakan gangguan terhadap pengundi yang masih lagi mengundi,” katanya.

Sehubungan itu, menurutnya, SPR hanya akan membenarkan pengiraan undi dibuat pada jam 5 petang selepas semua proses pembuangan undi di pusat pengundian tamat.

“Kami tidak mahu kesilapan ini berulang lagi. Kami akan kembali kepada kaedah lama, iaitu pengiraan undi hanya selepas selesai proses pengundian,” katanya.

Menurut Wan Ahmad, perubahan itu hanya melibatkan pindaan terhadap undang-undang SPR.

Pelik-pelik la cadangan SPR ni..!!!!
 
Payah betul la kalau yang selalu berlagak macam 'si anjing Umno' dibagi kuasa jaga SPR ni. Benda yang ramai rakyat bising suruh depa perbetui depa buat-buat tak dengar, lepas tu sibuk dengan cadangan-cadangan yang tah apa-apa yang nampak sangat nak menguntungkan Umno BN. 

Benda yang penting macam pembersihan Daftar Pemilih dan hak warganegara yang tinggal di luar negara untuk mengundi, SPR boleh bagi macam-macam alasan untuk tak buat tapi sibuk pulak bagi cadangan konon untuk penambahbaikan benda-benda yang tah apa-apa.

Yang kita mushkilnya pasai apa pulak nak ubah sistem pengiraan yang selama ni tak pernah timbulkan masalah. Malah kaedah yang dibuat selama ni lebih telus.

Apa masalah sangat kalau takat tau keputusan undi yang sikit kat pusat mengundi tertentu yang habih awal. Tara mana sangat kesanya kat pusat mengundi lain pun. Kat negara-negara lain bukan setakat satu peti undi tapi satu negeri dapat keputusan awal takdak masalah pun.

Lagi pun memang ada asas kerisauan yang kertas undi tu akan diganggu. Satu kerja pulak PACA nak kena jaga kotak undi tu kalau nak kira sama dengan tempat mengundi lain. Berapa jam pulak nak kena melangut tunggu. Tah pukul berapa pulak keputusan rasmi akan sampai ke pusat penjumlahan undi.

Kalau SPR cadang supaya tak payah kira kat pusat mengundi tu lagi la masalah, satu kerja pulak PACA nak kena iring kotak undi tu. Contoh kalau nak kena naik helikopter, berapa orang PACA nak kena bawak sama. Kalau setakat calon yang bertanding 2 orang kira ok lagi, dibuatnya jadi macam PRK Bukit Selambau, berbelas orang calon, tak ka idea gila namanya.

Bukan setakat tak penting tapi cadangan terbaru SPR ni nampak macam ada agenda tersembunyi. Memang tak mustahil akan ada tangan-tangan CELAKA yang akan ganggu peti undi tu. Dan memang pun dalam kalangan kakitangan SPR tu cukup ramai yang sentiasa bersedia untuk jadi 'si anjing Umno.' - Oleh cenangau

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/spr-takut-keputusan-bocor-rancang-undi.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular