Monday, March 12, 2012

TERKINI !! - Suami Shahrizat Mengaku Tidak Bersalah Terhadap 4 Pertuduhan

Pengarah NFC mohon dibicarakan bagi 4 tuduhan
Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.

Dua daripada pertuduhan itu adalah pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala dua lagi adalah mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat.

Dua pertuduhan pertama itu adalah atas kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.

Kesalahan berikutnya pula membabitkan pemindahan RM40 juta dana NFC kepada National Meat and Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.

Ini menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

Isteri beliau, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berada di kompleks mahkamah bagi memberikan sokongan.

Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan.

Ikat jamin ditetapkan pada RM500,000 bagi kedua-dua kes. Anak pasangan itu Wan Shahinur Izmir membayar wang ikat jamin.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 April ini. -mk

Pengerusi NFCorp didakwa

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebentar tadi didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini atas empat kes pecah amanah membabitkan wang berjumlah melebihi RM49 juta di sini, sebentar tadi.

Turut hadir ialah isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kelihatan berbaju kurung dan bertudung serba putih yang mengikuti proses pendakwaan di dalam mahkamah.

Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator), namun mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO.

Isu NFC yang mengaitkan Shahrizat berikutan syarikat berkenaan dimiliki keluarganya, timbul dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai prestasi projek ternakan lembu yang diusahakan syarikat itu di Gemas, Negeri Sembilan. -BH

Pengerusi Eksekutif NFCorp Mengaku Tidak Bersalah Terhadap Empat Pertuduhan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin terhadap dua pertuduhan pecah amanah dan dua pertuduhan melanggar Akta Syarikat.

Tuduhan ke atas beliau itu melibatkan kes pecah amanah melibatkan dana awam berjumlah RM49 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tujuan pengurusan Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 April depan sebagai tarikh perbicaraan.

Ketika kesemua dakwaan dibacakan, isteri beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut hadir bersama salah seorang anak lelaki mereka, Izmir.

Dua lagi anak mereka iaitu Izran dan Izzana yang juga merupakan anggota lembaga pengarah syarikat yang penuh kontroversi itu tidak kelihatan sepanjang prosiding itu berlangsung.

Shahrizat semalam (Ahad) telah pun mengumumkan keputusannya untuk berundur dari jawatannya sebagai menteri menjelang 8 April nanti. -mstar

Kelab Greenboc

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/terkini-suami-shahrizat-mengaku-tidak.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular