Wednesday, November 9, 2011

Hajjah Jambul dan Haji Marlboro

Rosmah dengan fesyen baru setelah pulang dari Mekah
SEPANG, 9 Nov -PM, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor melambai kearah orang ramai yang menyambut kepulangannya sejurus tiba dari mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah ketika di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Turut sama TPM, Muhyiddin Yassin (kanan) dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.Najib dan rombongan selamat tiba di tanah air dengan menaiki pesawat khas pada 3.25 petang. -BERNAMA


PS : Tak berubah juga "Wanita Pertama Malaysia" ni... Adakah disebabkan gara2 Mengerjakan Haji Ekpress  

Najib tinggalkan perkara wajib haji- Ustaz Shamsul

KUALA LUMPUR 9 Nov: Perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya menamatkan ibadat haji tiga hari lebih awal, dianggap sengaja meninggalkan perkara wajib haji.

Ibadah seperti itu bukan sahaja pincang, tetapi sukar untuk mendapatkan haji mabrur, kata bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Shamsul Firdaus Al Hafiz.

Ini kerana katanya, ibadat haji paling awal hanya boleh dihabiskan pada 12 Zulhijjah 1432H bersamaan hari Selasa pada 8 November 2011.

“Datuk Najib dilapor menamatkan ibadat haji pada hari Ahad, 6 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432H.

“Ini bermakna, beliau menamatkan ibadat haji tiga hari lebih awal dari yang jadualkan sekaligus meninggalkan perkara yang diwajibkan dalam ibadat haji,” katanya kepada Keadilandaily.com hari ini.

Perkara wajib yang ditinggalkan perdana menteri ialah tidak bermalam dua malam berturut-turut di Mina dan tidak melontar di tiga jamrah dua hari berturut-turut iaitu pada 11 dan 12 Zulhijjah 1432 Hijrah.

“Walaupun ibadat haji itu dibolehkan (untuk ditinggalkan) dengan membayar denda, namun ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

“Kita tidak pertikaikan sah atau tidak ibadat haji beliau, tetapi dengan meninggalkan perkara yang diwajibkan itu menunjukkan ibadat haji beliau pincang dan jauh sekali dari mendapat haji Mabrur,” tegasnya.

Haji Mabrur bermaksud sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa dan antara syarat untuk mencapainya ialah ibadat itu hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riak (menunjuk-menunjuk).

Manakala sumber untuk menunaikan iabdat haji tidak bersumberkan dari yang haram.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Turut menunaikan rukun Islam kelima itu ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir. http://www.keadilandaily.com/?p=22729

Perubahan Sikap Tanda Haji Mabrur

MENUNAIKAN haji ke Makkah menjadi kewajipan bagi mereka yang berkemampuan. Beruntunglah mereka yang menjadi tetamu Allah SWT tahun ini. Tentunya sudah mempersiapkan diri dari awal lagi hingga memasuki hari berangkat ke Tanah Suci kerana ibadat haji memerlukan suatu pengorbanan rohani, jasad dan juga harta.

Jemaah haji yang menunaikan ibadat haji sebenarnya berhadapan dengan untung nasib mereka di akhirat. Mereka meninggalkan pakaian yang berjahit, menitiskan air mata keinsafan di Padang Arafah, melaungkan kata-kata taubat dan penyesalan dengan semua bahasa manusia yang ada di bumi ini. Bersama-sama bermalam di Mudzalifah, berlumba-lumba melontar Jamrah serta berusaha tawaf dan bersaie tanpa mengenal erti penat dalam menghadapi rintangan dan cabaran ketika mengerjakan haji.

Setiap orang yang menunaikan haji pastinya mengharapkan untuk mendapat haji mabrur. Sabda Rasulullah SAW, “Haji mabrur itu tiada balasan yang lain kecuali syurga.” Hadis Abu Hurairah. Orang yang menunaikan ibadat haji dengan sempurna akan mendapat haji mabrur.

Dari segi bahasa, mabrur mempunyai dua makna. Pertama, bererti baik, suci dan bersih. Kedua, bererti diterima dan mendapat keredaan Allah SWT. Orang yang memperoleh haji mabrur semakin kuat imannya serta meningkat amal ibadatnya.

Tidak mudah untuk mendapatkan haji mabrur, sebagaimana yang dikatakan Umar bin al-Khattab, yang menyatakan ramai yang hanya makan angin (melancong) sedangkan yang melakukan haji sedikit. Ini bermakna ramai yang mengerjakan haji tetapi sedikit saja yang benar-benar melakukan ibadat haji dan memahami setiap amal ibadat haji sehingga memperoleh haji mabrur.

Setiap orang yang mengerjakan ibadat haji sebenarnya mengunjungi tempat paling suci di dunia ini. Maka mereka haruslah berusaha agar haji yang diperoleh tidak tercemar selepas pulang ke tanah air. Ibadat haji yang dilakukan memberinya peluang untuk membuat perubahan yang baik untuk dirinya.

Kesannya, kehidupan beragama akan bertambah serta kuat beriltizam dengan amalan Islam. Mereka ini menjadi contoh dalam kehidupan harian. Apabila seseorang itu bergelar haji, bertambahlah tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

Mereka mesti menunjukkan perilaku baik, bertutur dengan kata-kata yang manis serta menahan diri daripada mengeluarkan kata kesat yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Hendaklah bertegur sapa dengan orang di sekeliling dan berbudi bahasa dengan semua orang.

Perubahan pada jemaah haji yang pulang dapat dilihat dari kelakuannya. Jika dulu pemarah sudah bertukar menjadi pemaaf. Menjadi seorang yang pemurah serta suka bersedekah jika dahulunya kedekut. Menjadi seorang yang berbudi bahasa jika dulunya jenis yang suka memaki hamun orang. Juga berubah menutup aurat jika dahulunya tidak kisah tentang hal tersebut.

Sebaliknya, jika sekembalinya dari menunaikan haji, masih juga melakukan dosa besar, takbur dan tidak beramal dengan amalan Islam, ia memberi tanda haji dikerjakan itu tidak mabrur.

Jika ibadat hajinya tidak membawa apa-apa perubahan, ini bererti tidak ada pengajaran yang diambil. Jika sifat buruk, syirik dan keji masih ada dalam dirinya, maka itu menunjukkan bahawa hajinya tidak mencapai matlamat. Ada yang pergi menunaikan haji untuk mendapatkan gelaran dalam lingkungan masyarakat sekelilingnya. Niat yang begini sudah pasti tidak akan mampu membawa apa-apa perubahan pada dirinya.

Haji mabrur yang diterima oleh Allah bagaikan seseorang itu baru keluar (dilahirkan) daripada perut ibu iaitu tidak berdosa. Apa yang penting haji mabrur bukan sekadar membawa perubahan pada diri, tetapi juga mampu membawa perubahan kepada keluarga dan masyarakat.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular