Friday, November 11, 2011

Khairy Jamaluddin akui keluarga menteri kabinet telah membeli apartmen mewah

Projek lembu: Beli kondo untuk pelaburan, kata Khairy
Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.

Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.

"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasution dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam.

Pembelian untuk kondominium berkenaan telah direkodkan sebagai hutang NFC kepada NMLC, dakwa Saifuddin semalam. Mk

‘Kondo lembu’ untuk pelaburan: Khairy kurang bijak- Zuraida

KUALA LUMPUR 11 Nov: Ketua Pemuda Umno membuat kenyataan kurang bijak apabila berkata kondominium yang dibeli oleh syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil- yang terlibat dalam projek penternakan lembu- adalah untuk tujuan pelaburan.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata demikian mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin hari ini.

Menganggap ia sebagai mengarut, Zuraida mempersoalkan apakah kaitan pembelian kondominum berkenaan dengan industri penternakan lembu yang dijalankan Pusat Fidlot Kebangsaan.

“Jelas dia (Khairy) seorang yang kurang bijak kerana (kenyataan) langsung tidak menggambarkan dia adalah seorang (graduan) Oxford,”

“Ini bukan isu pelaburan (membeli kondo) tetapi ini soal isu amanah dan kebertangungjawaban,” kata Zuraida kepada Keadilan Daily.

Khairy dalam tulisan di blognya hari ini berkata, pembelian kondominium oleh syarikat National Livestock and Meat Corporation (NLMC) yang dimiliki keluarga Shahrizat adalah untuk tujuan pelaburan.

Beliau juga mengakui unit kondominium mewah di Bangsar dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation (NFC) mengalami kelewatan operasi.

Isu penyelewengan NFC itu sebelum ini didedahkan KEADILAN apabila kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM250 juta, namun projek itu tidak mencapai sasaran.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22875

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular