Tuesday, November 8, 2011

Najib dan Noh Omar bohong lagi!!! Shahrizat untung RM600 ribu

KUALA LUMPUR 8 Nov: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa tindakan tata tertib dikenakan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar kerana berbohong di Parlimen.

Menurut Rafizi, pembohongan itu berhubung peruntukan RM250 juta wang rakyat menerusi projek National Feedlot Corporation (NFC) yang diberikan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Najib pada 1 November lalu memberitahu Parlimen setakat ini hanya RM181.9 juta daripada peruntukan RM250 juta disalurkan kepada NFC, syarikat milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Sementara Noh Omar pada 31 Oktober lalu berkata, RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.

Sedangkan kata Rafizi, rekod kewangan NFC menunjukkan semua RM250 juta itu disalurkan sepenuhnya kepada Shahrizat sebelum 31 Mac 2009 lagi.

“Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

“Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC,” kata Rafizi dalam satu kenyataan media.

NFC sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila ia dikendalikan syarikat Agro Science Sdn Bhd yang dimiliki suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh.

Syarikat itu sepatutnya membekalkan 60 ribu ekor lembu dalam masa lima tahun di bawah RMK 9 namun dalam tiga tahun pertama operasinya, ia hanya mampu membekalkan 8,016 ekor lembu.

Menurut Rafizi, kerajaan BN dijangka melupuskan hutang syarikat Shahrizat dengan kerajaan kerana operasi ternakan lembu syarikat itu rugi besar dan tidak mampu membayar kembali pinjaman yang diberikan Kerajaan Pusat.

“Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009),” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

“Jika ini berterusan, kerajaan pusat tidak ada pilihan lain kecuali melupuskan pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC seperti amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain,” kata Rafizi.

Kerugian besar itu juga berpunca tindakan Shahrizat memberikan diskaun besar kepada restoran mewah milik keluarganya sendiri yang membeli daging lembu daripada NFC.

“Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri,” kata Rafizi. http://www.keadilandaily.com/?p=22681

Shahrizat untung RM600 ribu, RM800 ribu melancong luar negara

KUALA LUMPUR 8 Nov: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya untung lebih RM600 ribu menggunakan wang rakyat yang disalur menerusi National Feedlot Corporation.

Syarikat keluarga Shahrizat, Agro Science Sdn Bhd merupakan pemegang saham bersama kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan.

Namun, keuntungan RM600 ribu itu bukan diperolehi daripada penjualan daging lembu sebaliknya faedah daripada deposit tetap menggunakan sebahagian daripada RM250 juta duit rakyat yang disalurkan kepada NFC.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen sebentar tadi.

“Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

“Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan keuntungan faedah daripada simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

“Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit,” kata Rafizi.

Malah lebih teruk, kata Rafizi, Shahrizat dan keluarganya didakwa memboroskan sebanyak RM827,579 untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009 menggunakan wang rakyat yang disalurkan kepada National Feedlot Corporation.

Menurut Rafizi, kos itu bersamaan dengan RM511 bagi setiap ekor lembu yang disembelih oleh NFC pada tahun 2009.

Perkara itu kata Rafizi menyebabkan kos operasi NFC melonjak 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu disembelih dalam tahun 2009.

“Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan keluarga Shahrizat,” kata Rafizi. / KD / laksamanabukitbintang



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular