Tuesday, November 8, 2011

Bukti Dokumen Perdagangan Malaysia-Israel

Setelah SAMM mendedahkan beberapa buku-buku dan petikan ucapan Bekas Menteri Perdagangan Israel, usaha berterusan Che'gu Bard dalam setiap pentas ceramah mendedahkan terdapat bukti dokumen kastam dan YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri membawa usul ini ke sesi Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini sehingga beliau dihalau keluar apabila mempertahankan hujah beliau berkait perkara ini.

Malahan, gambar kewujudan kontena pengangkut barangan milik syarikat Israel, ZIM juga pernah gua dedahkan. Klik [SINI]. Untuk kenyataan terbuka SAMM berhubung isu ini, klik [SINI]. Kenyataan Rasmi MP Bakri, klik [SINI]

Kali ini sebuah laporan yang dikeluarkan oleh DG Trade bertarikh 8 Jun 2011 mengesahkan lagi tuduhan mengenai hubungan kerjasama perdagangan di antara Malaysia dengan Negara Rejim Zionis Israel.
Laporan ini boleh di muat turun di [SINI].

Dalam laporan, pada muka surat 6 telah mencatatkan Senarai 50 Negara yang menjadi rakan dagang utama Israel bagi tahun 2010. Apa yang mengejutkan, Malaysia merupakan antara negara Top 25 yang menjadi rakan dagang utama Israel dalam bahagian import, eksport dan keseluruhan. Dalam bahagian import, Malaysia merupakan negara ke 24, tangga ke 11 dalam bahagian eksport dan tangga ke 15 keseluruhan rakan dagang Israel.
Kita sememangnya tidak punyai hubungan diplomatik dengan Israel. Malahan, kita sememangnya DILARANG di bawah akta Kastam 1967 - Larangan Import dan Eksport pindaan 2008 dari segi perdagangan import dan eksport barangan daripada Israel. Tapi, bagaimana pula pihak Israel boleh menyatakan bahawa Malaysia antara negara ke 15 terpenting dalam senarai rakan dagang mereka? Borang Kastam ini pula bagaimana?
Nombor Pendaftaran borang KASTAM
Pengimport beralamat di Netanya, Israel
Negara Asal adalah ISRAEL
Ada Cop MITI?

Gambar ehsan Che'gu Bard

Ini Kata Menteri Mengenai Perdagangan Malaysia-Israel
Sumber blog MP BAKRI

Sekali lagi gua ulang soalan gua.
"Kita sememangnya tidak punyai hubungan diplomatik dengan Israel. Malahan, kita sememangnya DILARANG di bawah akta Kastam 1967 - Larangan Import dan Eksport pindaan 2008 dari segi perdagangan import dan eksport barangan daripada Israel. Tapi, bagaimana pula pihak Israel boleh menyatakan bahawa Malaysia antara negara ke 15 terpenting dalam senarai rakan dagang mereka? Borang Kastam ini pula bagaimana? "

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular