Monday, November 7, 2011

PRU 13 : Kata Dua Untuk Najib + Video

Datuk Seri Najib Razak kini berhadapan dengan protes jalanan besar-besaran kedua jika pembaharuan pilihan raya gagal dilaksanakan sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13, langkah yang dijangka boleh mengganggu usaha pentadbirannya mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) memberi perdana menteri kata dua bahawa pihaknya akan mengadakan protes mirip Bersih 2.0 jika membubarkan Parlimen sebelum pembaharuan pilihan raya dikuatkuasakan.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan sokongan dengan pelan itu dan mahu Najib, yang juga Pengersusi Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya.

Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi berkata perdana menteri harus membolehkan jawatankuasa pilihan khas, yang beliau telah bentuk, menyelesaikan fungsi mereka dalam tempoh enam bulan dan melaksanakan syor-syor yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memberitahu The Malaysia Insider, partinya akan memberi sokongan kepada satu lagi protes jika perlu.

“Saya percaya rakyat menunggu bukti janji-janji pembaharuan yang dibawa oleh perdana menteri,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini dalam kenyataan menerusi SMS.

Tegas Nurul Izzah, oleh kerana isu-isu pembaharuan pilihan raya berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0, perlu ada gelombang ketiga.

Najib dan imej pembaharuan beliau berhadapan dengan kritikan banyak pihak termasuk media antarabangsa ekoran tindakan keras pentadbirannya menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli juga berkata, partinya akan menyokong pendirian PR bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 hanya akan dipanggil selepas pembaharuan pilihan raya dilaksanakan.

“Pada pandangan parti-parti, sepatutnya tidak ada pilihan raya sehingga pembaharuan dilaksanakan. - GB

ANAK MUDA SEMUA BANGSA !!!, AYUH KITA LAWAN !!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular