Tuesday, October 25, 2011

Pulau Pinang langsai RM600.5 juta hutang dalam tiga setengah tahun

Bajet 2012 mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.

Ketika membentangkan Bajet 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.

"Sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta telah dijangka dalam bajet tahun semasa 2011, namun dijangka kerajaan negeri masih berupaya mencatatkan lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut," ujarnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja.

Baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Archade & Seafood Centre di Batu Kawan.

"Dengan kata lain, Pulau Pinang mencatatkan pengurangan hutang RM600.47 juta ataupun 95.29 peratus dalam tiga setengah tahun ini; iaitu kadar yang paling cemerlang dia antara semua negeri di Malaysia," ujar beliau. -Sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular