Thursday, October 27, 2011

HUTANG MELAKA meningkat .. Ali Rustam tersepit

HUTANG MELAKA meningkat RM1bilion pada 2011?
Laporan Audit Menyebut Bahawa Baki Hutang Kerajaan Negeri Melaka Meningkat Kepada RM853.07 Juta Berbanding RM587.53 Pada 2009. Terbukti Kerajaan Negeri Hanya Pandai Berhutang Tetapi Tidak Pandai Membayar Hutang. 'Anak' Seperti Ini Hanya Tahu Menghabiskan Duit Ayah Tetapi Tidak Tahu Berjimat, Dia Hanya Tahu Mahu Berbelanja Besar Tanpa Memikirkan Kesusahan Orang Tuanya.

Dari Data Di Atas Maknanya Peningkatan Hutang Kerajaan Negeri Antara 2009 Dan 2010 Ialah RM265.54 Juta

Tidak Mustahil Hutang Kerajaan Negeri Melaka Akan Meningkat Kepada RM1bilion Pada Hujung Tahun Ini. Melihat Kepada Trend Hutang Kerajaan Negeri Melaka Sejak Kebelakangan Ini Memang Perkara Ini Tidak Mustahil Berlaku.

Ertinya Rakyat Melaka Terus Dibebankan Dengan Hutang Yang Dibuat Oleh Kerajaan Negeri Melaka Yang Menguruskan Kewangan Negeri Dengan Tidak Bijak. Apa Yang Kerajaan Negeri Tahu Ialah Berbelanja Besar, Boros Dan Membazir. Bila Tidak Ada Duit Mereka Pinjam Dari Kerajaan Pusat. Akibatnya Hutang Negeri Semakin Meningkat. Lambat Laun Kerajaan Negeri Melaka Akan Muflis.

Ini Semua Terjadi Kerana Negeri Melaka Dipimpin Oleh Pemimpin Yang Rasuah Dan Tidak Tahu Berbelanja Dengan Berhemah. Oleh Itu Rakyat Negeri Melaka Mesti Sedar Dan Insaf Bahawa Tidak Ada Cara Yang Paling Berkesan Untuk Mempastikan Negeri Melaka Diselamatkan Dari Muflis Dan Rasuah Melainkan Menukar Kerajaan Yang Ada Sekarang Kepada Kerajaan PR.

Buktinya Jelas Semua Kerajaan Negeri-Negeri PR Dipuji Oleh Ketua Audit Negara Dalam Laporan 2010 Kerana Tiada Ketirisan, Tiada Rasuah, Sistem Pengurusan Kewangan Yang Baik Dan Tiada Masalah - MutaLigat

Industri Hotel Di Melaka Bakal Gulung Tikar

Kerajaan pimpinan Ali Rustam semakin dihimpit masalah kewangan sehinggakan mengenakan caj warisan bagi hotel dalam Melaka. Adakah industri perhotelan Melaka akan gulung tikar ekoran daripada caj yang dikenakan oleh kerajaan negeri yang sedikit sebanyak mengurangkan pelancong menginap di hotel. Berikut adalah ketidakpuasan pihak hotel terhadap kerajaan negeri mengenai caj warisan yang dikenakan terhadap hotel-hotel dalam Melaka.

Tiga persatuan hotel enggan membayar caj warisan sebanyak lima peratus bagi semua jenis hotel yang ditetapkan kerajaan negeri berkuat kuasa September lalu. Tiga persatuan itu ialah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA) dan Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO). Pengerusi MBHA, Hendon Puteh berkata, keputusan mengarahkan pemilik hotel membayar caj warisan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dua bulan sekali itu tidak munasabah.

Menurutnya, caj itu dianggap membebankan pelancong yang berkunjung ke negeri itu terutama pada cuti hujung minggu dan cuti umum. ''Keputusan yang dibuat kerajaan negeri amat mengejutkan kerana pelanggan terpaksa membayar dua caj iaitu enam peratus cukai kerajaan dan tambahan lima peratus caj warisan," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Casa De Rio di sini semalam.

Lebih membebankan kata Hendon, caj itu dikenakan mengikut jumlah hari pelanggan menginap. ''Keadaan ini boleh menyebabkan pelanggan mengurangkan tempoh menginap dan mungkin juga ada di antara mereka yang akan membatalkan hasrat menginap di hotel kerana bayaran yang membebankan," katanya.

Pengarah Eksekutif MAHO, Shaharuddin M.Said menyifatkan keputusan mengenakan caj tambahan itu boleh menjejaskan industri pelancongan di negeri ini. ''Walaupun mendapat keuntungan lebih sedikit melalui caj itu tetapi untuk jangka masa panjang semua pemilik hotel akan mengalami kerugian besar apabila pelancong enggan datang ke sini'' katanya.

Sehubungan itu katanya, tiga persatuan itu ingin mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. Katanya, setakat ini sebanyak 137 ahli persatuan hotel bajet sebulat suara enggan melaksanakan caj warisan sebanyak lima peratus itu. - ADDIN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular