Tuesday, October 25, 2011

MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta

NONE
MK - Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Lima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship.

Pemilihan itu dibuat oleh jawatankuasa direktorat World Endurance Championship, yang diketuai oleh ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN), termasuk doktor veterinar, pegawai teknik dan pengurus projek.

Harga 23 kuda itu berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Kuda-kuda itu dibeli daripada:
  • Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) dengan bernilai RM1.98 juta
  • El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta
  • Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta
  • Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta
NONELapan belas kuda yang ‘ditolak’ itu berharga RM3.94 million dan telah diagihkan kepada beberapa agensi kerajaan:
  • Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga)
  • Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua)
  • Universiti Putra Malaysia (tiga)
  • Universiti Teknologi Malaysia (dua)
  • Majlis Sukan Terengganu (dua)
  • Royal Terengganu Endurance Stable (lapan)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular