Tuesday, October 25, 2011

Hudud : Kerajaan Kelantan Serius

Kerajaan Negeri Bentuk Jawatankuasa Perlaksanaan Hudud
Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kelantan hari ini telah bersetuju dan meluluskan satu pembentukan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan.

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan YB Dato’ Hj Ahmad bin Yaakob (Timbalan Menteri Besar) dengan dibantu oleh YB Dato' Hj Mohd Amar selaku Timbalan Pengerusi I dan YB Dr Mohd Fadzli selaku Timbalan Pengerusi II dan disokong oleh seramai 19 orang ahli jawatankuasa.

Antara cadangan ahli jawatankuasa terbabit adalah Ketua Polis Kelantan, Pengarah Penjara Kelantan dan Presiden Persatuan Peguam Syari’e Malaysia.

“Jawatankuasa ini berperanan untuk mengkaji kemungkinan-kemungkinan yang ada bagi pelaksanaan enakmen terbabit dan seterusnya memberi cadangan balas kepada pihak kerajaan” jelas YB Dato' Hj Mohd Amar selepas mesyuarat exco pagi tadi.

YB Dato' Hj Mohd Amar juga menjelaskan bahawa cadangan melibatkan Ketua Polis Kelantan dan Pengarah Penjara Kelantan adalah sebagai persediaan penguatkuasaan apabila Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan dipersetujui untuk dilaksanakan sepenuhnya nanti.

Klip Video

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular