Friday, September 16, 2011

Prof, saya dah cuba baiki. Kalau begini.... boleh tak???

8.15 malam. Hujan renyai-renyai... Terngiang di ruang makan ayah dan sepupunya masih bicara pasal pejuang sejarah. Bau ikan masin goreng menggamit selera. Nantilah...
Sekarang, saya mahu cuba baiki sejarah. Saya bukan memandai nak baiki. Tetapi berdasarkan pandangan sejarawan kita, Profesor Datuk Dr. Zainal Keling. Katanya:
"Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British"  
Menurut beliau lagi:
"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," 
Selak-selak topik dalam buku teks Sejarah Tingkatan 2... untuk lihat apa yang boleh saya cuba baiki
BAB 1 : Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British
saya baikilah.... British suka melancong ke Tanah Melayu, kerana ia strategik dan mereka suka berenang di Selat Melaka yang dilalui oleh pedagang. 
BAB 2 : Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British
pembetulan... British dengan penuh rasa tanggungjawab, ikhlas dan prihatin telah membantu masyarakat Tanah Melayu meningkatkan ekonomi mereka. Itupun tanpa sebarang upah, hanya niat melindungi saaja (Klik Sini). Se sen pun i tak nak.... kata J.W.W Birch yang menguasai pungutan cukai di Perak selepas Perjanjian Pangkor.
BAB 3 : Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British
Errrrr... Salah ni!!! Sebenarnya British rela mengorbankan tenteranya dengan menjadikan tentera mereka benteng pertahanan untuk menjaga keselamatan Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor
BAB 4 : Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke 
koreksyennnnnn... Keluarga Brooke menaungi a.k.a melindungi kekayaan Sarawak seperti Ketua Menteri Sarawak sekarang. Mereka Ikhlas!!!
BAB 5 : Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British 
mmm.... Syarikat Borneo Utara British hanya melindungi... Orang Inanam dan Murut dijadikan buruh paksa untuk tambah kekayaan Sabah. SBUB bukan mata duitan... 
BAB 6 : British Mengeksploit Ekonomi
Eh... bukan mengksploit....British hanya menaungi
BAB 7 : Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa
Tiba-tiba, saya tidak tahu apa yang perlu saya baiki. Arghhh kenapalah prof tidak dilahirkan awal... Pasti '............ tanpa setitis darah itu benar-benar berlaku!'
Kenapa dalam bab ini Dol Said, Rentap, Sharif Masahor, Datuk Maharaja Lela, Pandak Indut, Yamtuan Antah, Datuk Bahaman, Mat Salleh, Antanom, Tok Janggut, Hj. Abdul Rahman Limbong dan pejuang yang lain tidak sebijak prof? (KLIK SINI)
BAB 8 : Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martabat Bangsa
Maaf! bab ini tidak wujud... Didelete kerana negara kita tidak pernah dijajah...
Akhirnya saya masih tidak tahu cara untuk menjelaskan kepada pelajar seperti ingatan daripada Timbalan Menteri Pelajaran II, Dr. Mohd Fuad Bin Zarkasi kepada para guru dalam berita jam8 TV1 sebentar tadi. "Guru Sejarah perlu menjelaskan Sejarah sebenar kepada pelajar... bukan sekadar belajar Sejarah untuk peperiksaan semata-mata"
Pastinya, saya amat menantikan pandangan atau ulasan dari tokoh-tokoh Sejarah yang sebelum ini sibuk mengulas mengenai Mat Indera. Mari kita nantikan ulasan bebas daripada Dato' Dr. Ramlah Adam, Dato' Dr. Khoo Kay Kim, Dato' Kamaruddin Kachar dan lain-lain mengenai dakwaan Prof. Dr. Zainal Keling. Apakah mereka akan mengulas? 
Cik Gu Sejarah 
Lagi Buku Sejarah Yang Perlu Di UBAH .. Klik SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular