Wednesday, September 14, 2011

Najib SAHKAN Cukai GST Akan Dilaksanakan Selepas PRU-13

Apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan GST dan kemudian menyatakan cukai itu akan ditangguhkan/dikaji, banyak orang yang mengagak cukai itu akan dilaksanakan selepas PRU. Biasalah, taktik ini bukanlah sesuatu yang baru, malah telah diamalkan sejak berzaman lagi. Walaupun ditangguhkan, namun cukai ini sudah mula dilaksanakan tanpa sedar. Cuba-cubalah melihat resit restoran makanan segera dan bil anda.


Apabila kerajaan mengumumkan bahawa cukai perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan terhadap kad nilai tambah DITANGGUH, sifir yang sama berlegar-legar di kepala orang ramai. Sudah tentu cukai yang membebankan ini akan dilaksanakan selepas PRU.



Sangkaan dan telahan orang ramai itu BENAR apabila petikan berita The Star di atas dengan jelas menyatakan bahawa GST akan dilaksanakan secara menyeluruh selepas PRU. Tindakan mengumumkan hal ini sebenarnya bukanlah strategi politik yang baik untuk Najib, malah pengumuman ini dibidas oleh segelintir jurublog prokerajaan. Biarpun, banyak yang meramalkan pelaksanaan cukai itu selepas PRU, pengumuman ini walau bagaimanapun menamatkan teka teki tersebut.
Cukuplah!
Najib sudah mengesahkannya, ADAKAH ANDA MASIH MAHU MEMANGKAH BN dalam PRU-13? Jika masih sayang kepada BN, silakan!!!!
DCM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular