Wednesday, September 14, 2011

Bukti UMNO Tak Tuntut Kemerdekaan - Kementerian Pelajaran Malaysia


Pas mendakwa pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan kurang tepat berhubung perjuangan parti mereka menentang penjajah British untuk menuntut kemerdekaan.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, dakwaan itu disokong oleh fakta yang tertera pada buku teks Sejarah Tingkatan 5, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Pada muka surat 103, ada dinyatakan faktor yang menyumbang kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.


Umno dikatakan hanya membuat rundingan dengan British untuk menolak Malayan Union dan bukan menuntut kemerdekaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Anuar Azahari dan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.

Difahamkan, buku teks yang disusun panel empat penulis iaitu Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri, Shakila Parween Yacob dan Muslimin Fadzil itu masih digunakan di sekolah menengah sekitar negara ini.

Buku teks terbabit mula dicetak pada 2003 dan naskhah terbitan 2010 yang ditunjukkan pada sidang media berkenaan dibeli Mohd Taufek dari sebuah kedai buku sekitar bandar ini, beberapa hari lalu.

Menurut Mohd Taufek, fakta yang dipaparkan dalam buku teks berkenaan sukar disangkal kerana ditulis pakar sejarah, malah digunakan di semua sekolah menengah.

“Justeru, kami sarankan agar pemimpin Umno meneliti semula fakta sejarah berkaitan kemerdekaan negara agar tidak berlaku kekeliruan dalam fikiran mereka.

“Sejarah tidak boleh diubah dan fakta pula adalah sesuatu yang tepat serta perlu dipercayai. Jangan sesekali mengubah sejarah sesuka hati,” katanya. -SH

Akta Kemerdekaan Tanah Melayu 1957


Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu
sebenarnya bebas atas ihsan British dan bukannya menerusi
rundingan seperti yang terkandung dalam sejarah
Dua dokumen yang tertera di bawah adalah salinan asal yang membuktikan bahawa Tanah Melayu sememangnya pernah dijajah British hingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dikeluarkan genap sebulan sebelum negara kita mencapai kemerdekaan ini menyatakan bahawa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah tertakluk kepada akta ini yang dipersetujui bersama antara Baginda Ratu Elizabeth I dengan barisan pemerintah tempatan yang selepas itu dinamakan Perikatan.


Akta ini menyatakan bahawa Ratu Elizabeth I berkenan melepaskan tanggungjawab pemerintahan Tanah Melayu dan Singapura kepada pemimpin tempatan dengan syarat kemerdekaan yang diberikan adalah tertakluk kepada budi bicara Ratu dalam satu pertubuhan yang dinamakan Persekutuan Komanwel.

Negara Komanwel ini adalah satu organisasi khas yang ditubuhkan Kerajaan British ke atas bekas-bekas tanah jajahan yang pernah diperintahnya.

Dokumen ini juga menjelaskan bahawa hanya Ratu Elizabeth I sahaja yang berhak memutuskan bilakah Tanah Melayu dan juga negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) boleh membentuk sebuah Persekutuan Tanah Melayu secara mutlak.


Ternyata dengan pendedahan dokumen ini sekaligus membuktikan bahawa Zainal Kling dan suku sakatnya termasuk Mahathir yang mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah adalah DUSTA semata-mata dan Kemerdekaan Tanah Melayu adalah tertakluk kepada "Ehsan" Baginda Ratu Elizabeth I.


PS : fakta yg tertera pd buku teks Sejarah Tingkatan 5, terbitan DBP dan Dokumen Akta Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 jelas sebagai bukti bahawa Kemerdekaan bukan dari perjuangan UMNO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular