Saturday, June 18, 2011

Tubuh panel syariah elak media hina Islam

NONETuan Ibrahim berkata cadangan itu bagi memastikan penghinaan terhadap Islam tidak berulang berikutan insiden penyiaran karikatur “Kekeliruan Kes Rogol” dalam Utusan Rabu lalu.

PAS menyarankan penubuhan panel khas pengawasan syariah yang berfungsi mengawal penyiaran dan memandu media perdana supaya tidak bercanggah dengan agama Islam.

Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man cadangan itu dibuat untuk memastikan insiden penghinaan terhadap agama Islam tidak berulang berikutan insiden penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia Rabu lalu.


“Lembaga pengawasan syariah ini bukan sahaja mengawal agar penyiaran tidak bercanggah dengan syarak, tetapi turut memandu media perdana agar setiap bahan penerbitan yang boleh merosakkan minda atau akhlak remaja dapat dikawal dan memastikan mereka untuk menyiarkan bahan penyiaran yang lebih bertanggungjawab,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada 15 Jun lalu, Utusan menyiarkan karikatur yang dilukis oleh Miki yang membuat dua perbandingan situasi mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya
dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.” 
NONELakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dialognya berbunyi
“Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Kelmarin, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat turut menyelar Utusan dengan menyifatkan akhbar milik Umno itu sebagai “Denmark Malaysia” kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.Minta maaf

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada akhbar Denmark yang pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.
azlanBagi Tuan Ibrahim, beliau menyifatkan pelbagai penulisan yang tidak membantu perpaduan kaum, keharmonian masyarakat dan pengukuhan akidah yang berlaku dengan berleluasa sejak muktahir ini seolah-olah menggambarkan bahawa sudah tiada langsung kawalan kepada etika dan tanggungjawab sosial terhadap pemberitaan.

“Dengan adanya lembaga pengawasan syariah ini, diharap dapat membina media lebih bertanggungjawab kerana kesan penyebaran media perdana mempunyai kesan langsung kepada rakyat,”
katanya.

Sehubungan itu Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menasihatkan pelukis karikatur dan editor Utusan yang menyiarkan karikatur berkenaan supaya meminta maaf.
NONE“Kesilapan mereka boleh dianggap sebagai satu penghinaan besar kepada hukum syarak dan juga telah mengelirukan orang ramai mengenai ajaran Islam yang sebenar dalam isu rogol,” katanya.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan dalam memorandum bantahannya memberikan tempoh tujuh hari bermula dari tarikh karikatur berkenaan disiarkan kepada Utusan agar memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.FMT

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular