Friday, June 17, 2011

Demonstrasi Bersih, Perkasa dan Pemuda UMNO - Bersih akan mendapat keuntungan besar.

Demonstrasi Bersih 2.0 sudah pasti berjaya sebelum pun demonstrasi itu diadakan

Pastinya demonstrasi itu akan berjaya mengumpulkan ratusan ribu penunjuk perasaan dan akan memenuhi semua ruang kosong di Bandaraya Kuala Lumpur pada 9hb Julai nanti seperti apa yang dilakukan oleh kumpulan ini pada tahun 2007 yang lalu.

Bukti kejayaan itu boleh dilihat dari reaksi pihak kerajaan dan NGO Perkasa yang telah melatah dan menari mengikut rentak yang dimainkan oleh Bersih. Bersih tidak pun menggendangkan gendang yang kuat tetapi reaksinya amat besar. 


“Hero Ibrahim Ali” lah yang paling heboh memberikan reaksi kepada rancangan Bersih ini dan sebenarnya inilah yang ditunggu-tunggu oleh Ibrahim kerana dengan isu ini beliau boleh mengetengahkan diri beliau dalam politik. Sebenarnya inilah kehendak Ibrahim sendiri.

Ibrahim memang seronok dengan apa yang berlaku kerana beliau boleh menyambung ‘existence’ beliau di dalam isu nasional. Dalam keadaan aman dan sunyi Ibrahim Ali akan kaku politik beliau. 



Kita boleh lihat Ibrahim akan cuba menjadi hero apabila isu-isu seperti ini wujud. Ibrahim sedang cuba memanaskan isu ini secara ‘deliberate’ agar beliau dapat mencelah di tengah-tengah keadaan panas ini.


Bersih telah merancang untuk mengumpulkan seramai mana rakyat untuk menunjukan manifestasi rakyat ramai secara aman dengan tujuan menunjukan sokongan orang ramai untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama seperti apa yang sepatutnya berlaku di dalam sebuah negara demokrasi. PAS sahaja telah memberikan komitment untuk menghantar 100,000 ahlinya yang masih muda untuk bersama menyertai demonstrasi secara aman itu. 





Hari ini kedengaran pula Pergerakan Pemuda UMNO bercadang untuk mengadakan demonstrasi dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaludin telah meminta pemuda dari parti-parti komponen BN untuk menghantar seberapa ramai yang boleh untuk menyertai demonstrasi anjuran pemuda UMNO itu. Pemuda UMNO juga memohon agar pihak yang bertanggunjawab untuk mengadakan pilihanraya secara bersih dan terbuka.

Bagi saya yang tentunya mendapat kejayaan dalam isu demonstrasi ini ialah Bersih, kerana cadangan pihaknya untuk berdemonstrasi ini telah mendapat reaksi yang sangat panas dari pihak Perkasa dan sekarang dari Pemuda UMNO pula. 



Jadi sekarang barulah rakyat faham bahawa reaksi dari Perkasa dan Pemuda UMNO ini menunjukan dengan jelas bahawa Bersih bakal mendapat sokongan dari ramai rakyat yang mengikuti perkembangan politik tanah air ini.

Tidak pula diketahui samada permit diberikan oleh pihak Polis kepada Perkasa dan Pemuda UMNO untuk berdemonstrasi. Yang pastinya Bersih tidak diberikan permit untuk mengadakan demonstrasi itu. Ini semua merupakan perang saikoloji sebelum pilihanraya sahaja. 



Kalau mengikutkan apa yang lazim kita lihat akhir-akhir ini Bersihlah yang akan mendapat sokongan kuat dari orang ramai. Bersih tidak perlu mengadakan mesyuarat seperti apa yang dilakukan oleh Perkasa dan Pemuda UMNO.

Demonstrasi-demonstrasi ini hanyalah cara hendak menunjukan siapa yang lebih banyak sokongan; Bersih atau Pemuda UMNO dan Perkasa. 



Dalam isu ini Bersih telah pun memenangi perang saikoloji ini kerana Bersih tidak bercakap besar dan melalak seperti apa yang dilakukan oleh Perkasa. 


Cadangan Bersih ini telah membuatkan Perkasa bermesyuarat dengan panjang lebar dengan NGO-NGO untuk mengadakan ‘counter demo’ dan Ibrahim Ali telah mencabar entah siapa supaya tengok nanti, siapa yang lebih ramai. Dalam isu ini Ibrahim lagilah yang akan mendapat liputan yang besar dari media perdana dan beliau akan menjadi juru cakap kepada pihak BN dari sudut hakikatnya.


Jika Ibrahim Ali ini dipandang tinggi oleh orang ramai maka BN akan mendapat sedikit markah dan jika pandangan ramai terhadap Ibrahim Ali ini tidak begitu baik dari sudut imej dan ketokohan beliau maka tindakan Perkasa mengadakan demonstrasi balasan ini merupakan satu usaha ibarat menggali kubur untuk BN. 

Hishamudin Husein telah memberikan amaran yang pihak Polis mempunyai kuasa untuk menangkap sesiapa di bawah ISA jika mahu. Itu semua orang tahu yang Polis ada kuasa untuk menangkap sesiapa di bawah ISA asalkan Menteri dalam Negeri menandatangani surta kuasa untuk menangkap sesiapa di bawah akta ISA itu. 



Persoalannya adakah semua pihak akan di tangkap atau hanya pemimpin Bersih sahaja yang akan ditangkap?


Bagi PAS, parti itu memang sudah lali dengan tangkapan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri. Bukan seorang dua pemimpin parti itu diperosok kedalam tahanan. 


Yang selalunya selamat dan mempunyai ‘immunity’ dari tangkapan pihak Polis ini hanyalah pihak UMNO dan BN sahaja. 

UMNO boleh melakukan apa sahaja kerana parti itu tetap mendapat perlindungan. Pemimpin-pemimpin UMNO yang rasuah sentiasa mendapat perlindungan OSA. 



Itulah sebabnya perjanjian-perjanjian pihak agensi kerajaaan dengan ‘concessionaire’ lebuhraya dan perjanjian diaantara IPP dengan TNB dilindungi oleh OSA. Ramai orang tahu yang perlakuan rasuah sangat besar di belakang OSA ini.

Apa pula perbezaan di antara sokongan terhadap Bersih dengan sokongan terhadap Pemuda UMNO dan Perkasa? 



Jawapannya mudah sahaja. Sokongan terhadap Bersih merupakan sokongan yang sejati kerana rungutan Bersih itu merupakan rungutan rakyat ramai. Di sebaliknya sokongan terhadap Perkasa dan Pemuda UMNO adalah sokongan untuk menolak dan melindungi manifestasi rakyat dari dipaparkan di khalayak ramai. 

Tindakan Perkasa dan Pemuda UMNO merupakan tindakan mewakili pihak yang memerintah yang menjadi sasaran rakyat pada hari ini, sedangkan tindakan Bersih merupakan tindakan yang mewakili manifestasi rakyat ramai yang rata-rata tidak berpuas hati dengan cara pilihanraya umum dilaksanakan oleh kerajaan melalui SPR. 



Pendeknya pertembungan di antara Bersih dengan Perkasa dan Pemuda UMNO ini merupakan pertembungan di antara rakyat dan kerajaan. Rakyat di sebelah Bersih dan kerajaan dan pimpinan yang memerintah diwakili oleh Perkasa dan Pemuda UMNO.

Kita boleh lihat buktinya dari cara pihak Polis mengendalikan keselamatan kepada ketiga-tiga kumpulan yang bakal berdemonstrasi pada 9hb Julai ini. Kita mahu lihat samada pihak yang berwajib memberikan permit atau tidak untuk kumpulan-kumpulan ini menunjukan manifestasi masing-masing jika ada.



Keduanya jika ada kekasaran dalam ketiga-tiga kumpulan itu, kumpulan mana yang akan dikenakan gas pemedih mata atau ‘water canon’. 


Kita juga mahu melihat seadil mana layanan yang akan diberikan oleh pihak Polis. Kumpulan mana yang akan ditangkap dan diletakan di dalam tahaan ISA. Jika hanya kumpulan Bersih yang akan dikenakan gas pemedih mata ianya bermakna gas pemedih mata itu dikenakan kepada rakyat yang ramai.

Jika hanya pemimpin dari kumpulan Bersih sahaja dikenakan ISA ianya bermakna Hishamudin telah menurunkan tanda tangan untuk memasukan rakyat kedalam ISA. 

Semuanya ini akan terjawab apabila sampai waktunya. - Aspan Alias


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular