Wednesday, June 15, 2011

Negara kebajikan, Pas sedia debat

KUALA LUMPUR - Pas sedia berdiskusi dan berdebat secara ilmiah dengan badan bukan kerajaan (NG0) serta parti politik berhubung konsep negara berkebajikan yang menjadi manifesto parti itu pada pilihan raya umum akan datang. 


Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, banyak pihak yang memberi perhatian sejak Pas mahu menyatakan cadangan mahu melaksanakan konsep itu jika diberi peluang memerintah. 

Sehubungan itu, beliau melihat perlunya parti itu memberi penjelasan kepada semua pihak supaya segala pertikaian dan penafian mereka yang meragui keupayaan Pas untuk melaksanakan konsep negara berkebajikan dapat dirungkaikan. - SH


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular