Monday, May 23, 2011

Hebat! Malaysia tangga ke 10 peminum arak teramai di dunia


PELIK tapi benar, kalau kita lihat di peta dunia, Negara Malaysia ini hanya sebesar habuk nak dibandingkan dengan negara-negara bukan Islam yang lain. Malaysia juga memiliki majoriti rakyat yang beragama Islam. Namun apa yang peliknya, negara ini menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia diulangi rangking Top 10 peminum arak teramai di dunia.

Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter. Penggunaan beer di Malaysia pula dilaporkan mencecah 11 liter per kapita [TheStar].


Patutlah sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yassin begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh [Negara Islam].


Tidak hairanlah Malaysia jadi antara Negara Top 10 memiliki peminum arak terbesar dunia, mana tidaknya? Anak pemimpin pun ada yang jadi tokey syarikat Arak terbesar Filipina, San Miguel, manakala bapanya pula menghentam ulama konon dialah yang lebih pandai bab hukum hakam. Konon dialah yang paling Melayu walaupun orangtua nya bukan Melayu almaklumlah "Melayu mudah lupa" katanya. - Artikel Asal Di SINI


Berdasarkan statistik WHO, Orang Malaysia Termasuk Orang Melayu Islam, Habiskan RM1.5 bilion Untuk Beli ARAK Dengan Penggunaan 7 liter Per Kapita.





Malaysia telah disenaraikan oleh World Health Organisation (WHO) antara 10 negara paling banyak menggunakan alkohol di dunia. Dengan kata lain, Malaysia diiktiraf sebagai antara 10 negara paling banyak minum air kencing syaitan. Yang menghairankan, statistik itu bertentangan dengan saiz dan populasi rakyat negara ini. Berdasarkan statistik WHO, orang Malaysia, termasuk orang Melayu Islam, menghabiskan RM1.5 bilion untuk membeli alkohol dengan penggunaan 7 liter per kapita.Sumber

Mungkin ini antara penyumbangnya:

Pada Tahun 1966 Bilamana Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama merangkap PRESIDEN UMNO YANG KE-2 Merasmikan Kilang Guinness Malaysia Bhd 1966.

Mirzan, anak sulong kepada dr Mahathir Mohamad membeli sebahagian dari saham dalam syarikat pembuat arak dari Jepun, Kirin holdings Co. Ltd.

Demikian didedahkan Business Mirror dalam laporannya 23 Februari lepas. Menurut laporan itu, Mirzan merupakan salah seorang daripada empat tokoh perniagaan yang membiayai Q - tech, sedang berusaha membeli sejumlah 20% saham bernilai USD 20 juta syarikat Jepun itu.
Tokoh-tokoh lain lain ialah Roberto V. Ongpin, Eric O.Recto dan Alexender Blador. Pembelian itu dibuat melalui San Miguel Corporation yang beribu pejabat di Filipina. Transaksi pembelian itu dijangka dilengkapkan Mei depan. Contoh arak yang dikeluarkan oleh Syarikat San Miguel Corp.

Petronas sebelum ini terpaksa menyelamatkan syarikat milik Mirzan, Konsortium Perkapalan Bhd. (KPB) kerana kerugian 1.5 Billion ketika bapanya masih berkuasa.

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO ini mereka tidak menghiraukan langsung sumber pendapatan mereka samada dari punca yang halal atau haram. Ia tidak langsung memperhitungkan ajaran Islam dan keberkatan Allah di dalam setiap rezeki yang mereka cari.

Hal yang serupa juga mengenai kes PM, Najib Razak yang telah meluluskan 10 lesen judi sebaik saja menduduki jawatan sebagai Menteri Kewangan dimana beliau dengan bangga menisytiharkan bahawa negara memungut cukai sebanyak RM77 juta.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular