Monday, April 25, 2011

Mengkarung Aneh Bernilai RM200,000 ???

JOHOR BAHRU – Siapa sangka reptilia yang biasa kelihatan mempunyai nilainya tersendiri berikutan keanehan yang terdapat pada ekornya kerana bercabang dua. 

Mengkarung aneh berwarna coklat muda hampir 15 sentimeter itu ditemui Mohd Razali Mat Nor, secara tidak sengaja pada April tahun lalu.
Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Mohd Razali berkata, dia menemui reptilia unik tersebut semasa keluar untuk menanam serai di kawasan Kempas. 

Mohd Razali berkata, ketika ditemui terdapat dua mengkarung termasuk satu daripadanya yang mempunyai ekor bercabang dua, dipercayai sepasang di kawasan berkenaan. 

“Saya percaya mengkarung itu jenis betina berdasarkan reaksi pasangannya yang cuba menerpa dan mendekati ketika saya cuba mendapatkan mengkarung aneh itu,” katanya. 

Menurutnya, haiwan unik itu juga mempunyai simbol pelik pada bahagian belakang seolah-olah menyerupai lambang jam ternama di dunia iaitu Rolex. 

“Garisan di belakang badannya juga lut sinar seperti terdapat pada duit kertas, hal ini meyakinkan saya mengkarung ini mempunyai nilainya yang tersendiri,” katanya. 

Katanya, haiwan belaannya itu juga pernah ditawarkan dengan harga mencecah RM200,000. 

“Ketika itu saya tidak terfikir untuk menjualnya kerana tidak mengetahui keistimewaan mengkarung tersebut. 

“Setelah diberitahu rakan bahawa mengkarung tersebut boleh dijadikan ibu duit, saya tidak lagi berniat untuk menyimpannya,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau akan mempertimbangkan jika ada pihak yang ingin membelinya dengan harga berpatutan. 

“Buat masa ini, reptilia itu disimpan di dalam akuarium khas dan diberi makan belalang namun makanan kegemarannya merupakan buah durian,” katanya yang juga seorang anggota polis. SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular