Saturday, November 24, 2012

Kes RM40 juta: Rafizi Sah Serah Bukti Baru


PKR telah menyerahkan bukti baru kepada Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) mengenai wang RM40 juta yang didakwa membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengetuai delegasi tersebut menyerahkan bukti baru itu jam 9 pagi di Hong Kong kelmarin.

Sebelum itu, delegasi PKR tersebut telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan James To, pemimpin Parti Demokrat di dalam Majlis Perundangan Hong Kong semalam.

James adalah Naib Pengerusi, Panel Keselamatan Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab memantau kebebasan dan keberkesanan badan penguatkuasa undang-undang di Hong Kong, termasuklah ICAC.

Beliau telah mengaturkan perjumpaan segera diadakan dengan pegawai-pegawai ICAC untuk menerima bukti baru dari Malaysia itu.

“James juga telah menyatakan sokongan untuk membawa kes ini dan telah hadir bersama-sama dengan delegasi PKR untuk menyerahkan bukti baru kepada ICAC pagi tadi,” kata Rafizi dalam satu kenyataan kelmaZevros iaitu Ketua Pendakwa Hong Kong berkata, beliau bersedia untuk membuka semula siasatan sekiranya mendapat bukti baru.

Menurut Rafizi, delegasi PKR telah menyerahkan satu laporan (dan dokumen sokongan) mengenai tiga perkembangan baru yang boleh membantu siasatan.

Bukan derma kepada UMNO
Kenyataan bekas Ketua Umno Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC

Kenyataan ahli Parlimen Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno.

Pendedahan bahawa anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa beliau mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC.

Kata Rafizi, delegasi PKR percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar.

“Oleh kerana ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat, bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Musa,” katanya lagi.

Selain perbincangan mengenai ketiga-tiga perkembangan tersebut, delegasi PKR telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang.

Rafizi percaya dengan sokongan yang ditunjukkan pimpinan dan media di Hong Kong, isu ini tidak akan mati seperti sebelumnya.

Misi delegasi ini telah pun mendapat liputan di dalam media tempatan dan satu sesi penerangan khas kepada pihak media akan diadakan pada jam 3 petang ini.

“Dengan perkembangan-perkembangan ini, saya berharap siasatan kes ini akan membuahkan hasil.


“Sewajarnyalah pihak berkuasa di Malaysia pun menunjukkan minat dan komitmen yang sama untuk menyiasat kes ini dengan sempurna,” tambah beliau. 
: Free Malaysia Today

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular