Sunday, November 18, 2012

DHPP adalah tentera perjuangan Islam... UMNO tentera Chua Soi Lek !!!

PENGKALAN CHEPA, 17 Nov - Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini menyatakan mereka akan terus menyokong penuh perjuangan PAS.
Memegang terus tagline 'PAS For All', DHPP memuji usaha yang dilaksanakan Lajnah Perpaduan Nasional PAS dalam memartabatkan penubuhan dewan itu.

Katanya, sebelum penubuhan kelab penyokong PAS pada 2008 lagi, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada PAS untuk menakut-nakutkan golongan bukan Islam mendekati parti itu.

Beliau yang mewakili sayap baru dalam PAS itu memberitahu, mereka (ahli DHPP) selalu dimomokkan dengan paksaan pertukaran agama, ketiadaan tempat ibadat sekiranya terus menyokong PAS.

DHPP yang dinaik taraf daripada Kelab Penyokong PAS pada 23 Mei 2010 telah menetapkan objektif utamanya adalah merapatkan hubungan di antara kaum untuk memurnikan maklumat kepada golongan bukan Islam.

Sedia membantu PAS dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, DHPP meminta PAS menyenaraikan dewan itu sebagai jentera yang turut sama membantu kemenangan PAS.

"DHPP bersedia menjadi tentera perjuangan Islam, kerana kami faham Islam untuk semua,

"Panggillah kami (DHPP) turun sama bantu... kami faham kerana kami sudah ditarbiahkan," tegas beliau lagi. - SUMBER

Bila Orang India Isytiharkan Diri sebagai "Tentera Perjuangan Islam", Apa Sebenarnya?
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyifatkan diri mereka sebagai "tentera perjuangan Islam" dan secara sukarela bersama-sama dalam perjuangan PAS.

Perwakilan DHPP, K.Deepakaran berkata, ahli DHPP sudah faham perjuangan PAS dan tiada sesiapa yang memaksa mereka menyertai parti itu.

"Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS.

"Saya selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo PAS For All," kata beliau sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Putik hari ini.

Setiausaha DHPP itu juga berkata, usaha sesetengah pihak menakut-nakutkan DHPP terhadap PAS dan Islam menemui kegagalan apabila semakin ramai orang bukan Islam menganggotai DHPP dan bersama-sama dalam PAS.

"Objektf DHPP adalah merapatkan hubungan antara kaum. Pandangan orang bukan Islam, kalau kai sertai DHPP, kene peluk Islam, kena potong itu, macam-macam lagi.

"Apa yang ditakutkan lagi, kalau sokong PAS lama kelamaan tiada tempat ibadat untuk Hindu dan Buddha tapi pimpinan PAS boleh mengadakan perbincangan dengan pimpinan agama lain.

"Kami sudah faham kerana DHPP sudah ditarbiyah. Dulu kami tak faham, tapi sekarang kami faham setelah ditarbiyah. Tak ada paksaaan dari parti PAS," katanya disambut laungan takbir sidang muktamar.

Beliau juga berharap tiada ahli PAS yang menganggap DDPP sebagai ancaman kepada parti itu sebaliknya bersama-sama berganding bahu menguatkan parti itu.

"Kita adalah aset untuk PAS. kita datang nak membantu, jangan sesekali anggap DHPP sebagai ancaman kepada PAS.

"Kalau dahulu memang PAS untuk orang ISlam sahaja tapi sekarang PAS sudah terbuka kepada semua jadi kami juga ingin sama-sama berjuang dalam PAS," katanya.

Sementara itu, beliau meminta PAS dan Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ketiadaan mykad di kalangan India dan Cina yang gagal diselesaikan kerajaan BN.

"Kira-kira 3,000 orang India termasuk Cina yang belum ada kad pengenalan. Jadi kami minta perkara pertama yang perlu diselesaikan selepas Pakatan Rakyat ke Putrajaya adalah soal kad pengenalan," katanya. harakahdaily

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular