Wednesday, November 21, 2012

Isu Gaza - Bukti UMNO Hipokrit : 'M'sia tak iktiraf Hamas

UMNO KONONYA BERMATI-MATIAN MENGUTUK KEKEJAMAN REJIM ZIONIS ISRAEL, TAPI RUPANYA DALAM MASA YANG SAMA TAKUT NAK MENGIKTIRAF HAMAS SEBAGAI KERAJAAN PALESTIN YANG SAH, SEDANGKAN HAMAS DIPILIH SEBAGAI PEMERINTAH YANG SAH OLEH RAKYAT PALESTIN MELALUI PILIHANRAYA... ADAKAH UMNO HANYA IKTIRAF FATAH YANG PRO AMERIKA...?- Kim Jung Woo
'M'sia tak iktiraf Hamas tapi sokong negara Palestin'
Malaysia tidak mengiktiraf Hamas walaupun mendukung pembentukan negara berdaulat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf parti itu sebagai kerajaan Palestin, kata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika menggulung usul mengutuk keganasan Israel terhadap Palestin menerusi kempen ketenteraan terhadap semenanjung Gaza bermula 14 November lalu.

"Oleh kerana Malaysia ahli kepada PBB, kita tiada pilihan melainkan tidak mengiktiraf Hamas.

"Tetapi kita mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan Hamas sebagai sebuah parti yang menguasai (Palestin) atas pilihan rakyat Palestin untuk menubuhkan kerajaan," katanya.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) bangkit mencelah dan mengusulkan agar Parlimen Malaysia mengambil pendirian berbeza daripada pendirian kerajaan – dengan mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah Palestin.

Mengulas perkara itu, Nazri menjelaskan bahawa sebarang keputusan Parlimen akan dianggap keputusan eksekutif yang merupakan kerajaan sedia ada.

"YB perlu faham sistem politik negara kita, parti yang menguasai Parlimen itu merupakan eksekutif.

"Jadi kalau Parlimen membuat keputusan yang bebas daripada eksekutif, sistem kita tak boleh sembunyi hakikat itu juga adalah (keputusan) kerajaan.

"Kita mesti berhati-hati dalam perkara ini kerana yang penting adalah menyelesaikan masalah Palestin dan bukan sama ada suatu parti politik itu diiktiraf oleh kita atau tidak," katanya.

Beliau seterusnya memberikan komitmen kerajaan untuk terus berkempen agar Palestin diterima dalam PBB.

"Bagi kita yang penting ialah substance iaitu kita bagi dukungan dan sokongan kepada Palestin untuk menjadi bukan sahaja satu entiti tetapi akhirnya menjadi sebuah negara pemerhati dan seterusnya akan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat," katanya.

Isu berkenaan pada akhir tahun lalu dibangkitkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempersoal pendirian kerajaan Malaysia kerana "selalu bercakap membela Palestin tetapi masih enggan mengiktiraf Hamas".

Beliau menggesa agar Malaysia berhenti mengikut telunjuk Amerika dan mengorak langkah mengubah nasib malang rakyat Palestin.
Dasar luar Malaysia terhadap Palestin berkiblatkan Amerika Syarikat dan Israel
Apakah PM Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?

Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dipilih sebagai ketua kerajaan yang kemudiannya melantik Menteri Luarnya Dr Mahmoud AlZahar. Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuanrumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) anehnya telah membelakangkan kehadiran Dr Mahmoud AlZahar sebagai Menteri Luar sah kerajaan Palestin dan sebaliknya mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu Bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum Pilihanraya 25 Januari 2006). Pada persidangan tersebut Farouk Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili HAMAS yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas. Baca Lagi Di SINI

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular