Isu murtad yang di gembar gembur dalam media negara telah menyebabkan seorang artis telah mengaku dirinya murtad. Pengakuan ikhlas Azhar Sulaiman bahawa dia sudah murtad di dalam laman sosial amat mengejutkan!!
Kenapa Azhar Sulaiman boleh berkata begitu ? Adakah kesan fitnah dari media yang memutar beli kenyataan Taun Guru Nik Aziz....? jika kerana tajuk utama media ini yang menyebabkan Azhar Sulaiman mengaku dirinya murtad amat lah malangnya beliau.
Menampakkan kejahilan artis ini dan bagi media itu pula seperti seekor Dajjal yang datang menyebarkan fitnah sehingga menjadi penyebab manusia itu terpengaruh lalu mengisytihar dirinya menjadi murtad.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz hanya melabel parti dominan Melayu itu sebagai murtad kerana menolak Islam.
Tuan Guru Nik Aziz menegaskan, tanpa mengira mana-mana pihak termasuk Umno sekalipun, jika menolak dan memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.
"Tak kira siapa pun, tak kira kalau tok guru sekalipun, kalau murtad...murtad lah. "Usahkan Umno, tok guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara ... hati dia betul, Islam tak guna ... dia murtad walaupun tidak ada mufti beritahu, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna ... dia murtad,"
"Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam, macam lekehkan benda salah ... macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?" kata Taun Guru Nik Aziz - SINI
Jelas apa yang di perkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz sifat - sifat yang membawa kepada kekufuran manusia. Seseorang itu boleh menjadi murtad dengan tiga cara iaitu, sama ada dengan perbuatan, percakapan atau kepercayaan dalam hati secara sengaja.
Bagi Azhar Sulaiman dari sudut mana penyebab beliau menjadi murtad penulis pun tak tau. Tetapi kalau dari apa yang di perhatikan dari tulisan beliau di laman sosialnya mungkin dari salah faham atau terhasut dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang di putar belit oleh media.
Sekiranya benar apa yang di perkatakan oleh Azhar Sulaiman dimintak pergi berjumpa dengan alim ulama untuk bertanya dan jangan kamu permainkan soal syahadah dan akidah. ~batuvskayu
Andai benar apa yang diperkatakan oleh Azhar Sulaiman.. mohon beliau bertaubat. Jangan mempermainkan dan mempersendakan agama, akibatnya kamu terjerumus ke lembah hina. Moga Allah SWT memberi hidayah pada beliau supaya bertaubat dan menyokong perjuangan Islam yang suci ini..
Pelakon Azhar Sulaiman mengaku telah murtad di facebook
PELAKON Azhar Sulaiman tanpa rasa bersalah mengaku secara terbuka bahawa dirinya telah murtad kerana menjadi ahli Umno dan menyokong Barisan Nasional melalui akaun facebook milik beliau.
Pengakuan itu dilihat untuk memerli Tuan Guru Nik Aziz yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia kononnya telah menuduh Umno murtad. Namun Tuan Guru Nik Aziz telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar milik Umno itu kerana memfitnah beliau.
Nampaknya Azhar Sulaiman yang mengaku sebagai ahli Umno terpengaruh dengan laporan akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana sering melaporkan fitnah terutama berkaitan dengan isu politik.
Niat asalnya konon nak perli Tuan Guru Nik Aziz, nampaknya kali ini Azhar Sulaiman benar-benar perlu meminta pandangan ustaz berhubung kenyataan kontroversi secara terbukanya yang telah mengaku murtad di facebook.
ReJaM© "Hebat penangan fitnah Utusan, sampai ada yang mengaku telah murtad..."
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/pelakon-azhar-sulaiman-mengaku-telah.html#ixzz2CmnEBvPa
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment