Isu doa yang dibaca oleh oleh Ustaz Nik Razi Nik Mat dalam Munajat Perdana anjuran PAS Jumaat lalu, kata Tuan Ibrahim, tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak, kerana doa untuk parti lawan kalah dan dimusnahkan adalah perkara normal dalam mana-mana perlawanan.
Bahkan, katanya tiada pihak boleh menyekat seseorang untuk berdoa demikian.
“Apa yang penting, kalau Umno rasa tertekan dengan doa demikian, Umno boleh berdoa agar parti lawannya musnah atau kalah. Kita yakin Umno juga melakukan demikian. Adakah sesuatu yang pelik untuk berdoa agar parti lawan musnah dan hancur? Adalah aneh untuk menyatakan ianya salah atau bercanggah dengan Islam,
” tegas beliau.Bahkan, katanya tiada pihak boleh menyekat seseorang untuk berdoa demikian.
“Apa yang penting, kalau Umno rasa tertekan dengan doa demikian, Umno boleh berdoa agar parti lawannya musnah atau kalah. Kita yakin Umno juga melakukan demikian. Adakah sesuatu yang pelik untuk berdoa agar parti lawan musnah dan hancur? Adalah aneh untuk menyatakan ianya salah atau bercanggah dengan Islam,
Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang juga mengingatkan bahawa Umno bukanlah parti Islam dan terdapat pelbagai tindakan parti Umno yang terang-terangan bertentangan dengan peraturan dan ajaran Islam.
“Perdana Menteri dari Umno juga secara terang terangan menolak hukum hudud, memberi lesen kepada perkara yang diharamkan Allah, membenarkan amalan riba dalam institusi perbankan serta menambahkan lesen perjudian yang jelas diharamkan oleh syarak dan pelbagai tindakan zalim lainnya.
"Zalim bukan sahaja membunuh dalam tragedi Memali yang sehingga kini belum diadili. Tetapi sebesar-besar zalim bilamana menolak hukum dan peraturan Allah,
” tegas beliau."Zalim bukan sahaja membunuh dalam tragedi Memali yang sehingga kini belum diadili. Tetapi sebesar-besar zalim bilamana menolak hukum dan peraturan Allah,
Hujah beliau, isu doa diperbesarkan oleh Umno kerana Muktamar PAS berjaya memberi impak politik besar bilamana Ucapan Dasar Presiden PAS diterima oleh orang ramai dan deklarasi harta oleh Ketua Pemuda PAS berjaya menaikkan imej PAS di mata rakyat.
“Isu yang hangat dimainkan media adalah sesuatu yang bukan dasar parti. Ucapan perwakilan, doa oleh seorang imam, dan pertikaian jawatan PM kesemuanya bukanlah dasar parti,” terang beliau.
Adalah pelik, kata Tuan Ibrahim, seandainya sesebuah parti meminta parti lawan menjadi kuat dan gagah, sedangkan PAS telah dizalimi sebegitu lama terutamanya di Kelantan.
“Orang yang bermain bola pun mendoakan pasukan lawannya lemah, dan kalah inikan pula parti politik yang sentiasa berlawan sejak lebih 50 tahun,” sindirnya.
Di penamat kenyataannya, Tuan Ibrahim sekali lagi berkata PAS menyeru seluruh ahli melakukan solat hajat, munajat dan mendoakan kemenangan PAS dan Umno berjaya dikalahkan dalam PRU akan datang di samping doakan untuk saudara Islam di Palestin, Gaza, Myanmar.-Harakahdaily.net
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment