JOHOR BAHRU – Pusat tuisyen di daerah Ledang yang mencetuskan kontroversi kerana menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW tampil membuat permohonan maaf, semalam.
Pengusaha pusat tuisyen, Lim Lee Yee, 26, hadir di Jabatan Pelajaran Johor di sini bersama guru terbabit, Ku Chong Yoong, 22, dan membuat permohonan maaf secara terbuka sambil disaksikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Nor A Ghani.
Lee Yee berkata, segala alat bantu belajar serta proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilakukan oleh setiap tenaga pengajar di pusat tuisyen itu akan dipantau dengan lebih teliti bagi mengelak berulang kejadian sama.
“Guru berkenaan (Chong Yoong) mengajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Subjek Sejarah hanya subjek tambahan yang diajar kepada pelajar tanpa mengambil yuran,” katanya.
Bagi Chong Yoong, dia sudah meminta semua pelajar memulangkan kembali nota ringkas yang diberikan bagi mengelakkan keadaan bertambah keruh.
“Saya meminta maaf kepada umat Islam terhadap tindakan saya yang tidak matang.
“Saya benar-benar ikhlas memohon maaf kepada semua umat Islam di Johor, Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.
Sementara itu, Mohd Nor berkata, Jabatan Pelajaran Negeri akan memberi surat peringatan dan amaran kepada pusat tuisyen serta guru terbabit.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan sebuah pusat tuisyen di sini mencetuskan kontroversi apabila menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat, yang didakwa telah menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW. SH
Kes 2 : Keluarga 4 remaja simbah surau cat mohon maaf
Ibu bapa anggap perbuatan anak melampau, tak sensitif
Ibu bapa anggap perbuatan anak melampau, tak sensitif
SEREMBAN: Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kejadian surau Taman Pulai Impian, Sikamat di sini, yang disimbah cat merah dan dibaling botol arak Isnin lalu, memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas perbuatan anak mereka.
Peniaga, Cheng Kok Foo, 38; tukang rumah, Wong Seow Wai, 43; mekanik, Loh Teck Ai, 53, dan suri rumah, Leong Foong Kuen, 53, menyifatkan perbuatan anak mereka sebagai melampau kerana tidak menghormati sensitiviti penduduk Islam taman itu.
Dua daripada mereka tinggal di taman itu, seorang dari taman perumahan berdekatan, manakala seorang lagi dari Rasah Jaya.
Mereka mendakwa hanya mengetahui perbuatan anak masing-masing selepas polis datang ke rumah dan menahan remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun itu, malam Isnin lalu.
Cheng berkata, mereka dengan ikhlas meminta maaf kepada seluruh masyarakat Islam dan berharap anak mereka diberi peluang menyesali perbuatan itu.
“Kami tahu mereka sudah melakukan kesalahan besar dan sukar dimaafkan, tetapi kami berharap masyarakat di sini boleh memaafkan mereka,” katanya pada sidang media diaturkan MCA Negeri Sembilan di pekarangan surau itu, semalam.
Wong pula berkata, perbuatan anaknya mungkin berpunca akibat kurang didikan dan berjanji akan mengajarnya dengan lebih mendalam supaya menghormati orang lain, selepas ini.
Dalam kejadian Isnin lalu, sekumpulan jemaah yang masuk ke kawasan surau berkenaan kira-kira jam 5.50 pagi untuk solat Subuh, terperanjat apabila mendapati surau yang baru dibina itu disimbah cat merah dan dibaling botol arak.
Sementara itu, Pengerusi surau Taman Pulai Impian, Mohd Hasbi Ismail, 35, berkata pihaknya dengan hati terbuka menerima permohonan maaf itu dan berharap kejadian sama tidak berulang.
Beliau turut berharap remaja terbabit berubah sikap dan sentiasa menghormati sensitiviti kaum dan agama lain.
Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam, berkata pihaknya turut kesal terhadap kejadian itu dan berharap permohonan maaf keluarga remaja terbabit dapat meredakan sebarang ketegangan yang timbul.
Beliau turut menjemput seluruh masyarakat taman perumahan berkenaan hadir pada majlis berbuka puasa anjuran MCA di pekarangan surau berkenaan petang ini. BH
Politik ular berkepala dua, kenapa pemimpin Umno hina Islam mereka membisu?
Politik ular berkepala dua, kenapa pemimpin Umno hina Islam mereka membisu?
Beberapa Kenyataan Pemmimpin UMNO menghina Islam dan AKIBATNYA .. Baca SINI
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment