Friday, November 16, 2012

Panas!! Rosyam Noor persenda agama

Rosyam Noor Tiada Niat Persendakan TV Al-Hijrah - TerbakorRosyam Noor Tiada Niat Persendakan TV Al-Hijrah
Kecoh seketika Anugerah Skrin 2012 minggu lalu apabila pelakon popular, Rosyam Noor dikatakan telah menghina hukum Islam dan setesen TV Al Hijrah. Kini pelakon itu sendiri telah membuat penjelasan.
Rosyam Noor Tiada Niat Persendakan TV Al-Hijrah - Terbakor
Rosyam Noor persenda agama
KUALA LUMPUR : Susulan lawaknya yang tidak kena tempat sewaktu berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2012 minggu lalu, pelakon dan pengarah lelaki, Rosyam Nor mengakui lawaknya itu bukanlah dengan niat untuk mempersendakan stesen TV Al-Hijrah.

Sebaliknya, dia mahu menyampaikan mesej sesuatu mengenai dunia penyiaran kepada orang ramai khususnya kepada pengarah dunia drama dan perfileman.

Justeru, Rosyam enggan orang ramai menyalah anggap kenyataannya walhal mesej yang disampaikan adalah terang.

“Bukan niat saya mahu mempersenda mana-mana stesen televisyen tapi menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesen TV dan mengangkat Gagasan 1Malaysia.

“Ketika saya menyebut stesen TV Alhijrah, maksud saya ialah stesen itu mengangkat lakonan mengikut landasan Islam,” kata Rosyam yang dipetik dari akhbar Metro Ahad.

Menceritakan sewaktu dia mengeluarkan kenyataan tersebut, Rosyam memberitahu kenyataan itu ada kena-mengena dengan adegan dia mahu mencium Snow White.

Kata Rosyam, di situlah dia mahu orang ramai membuka mata di mana setiap stesen televisyen itu mempunyai peraturan yang tersendiri yang harus diikuti.

“Begitu juga sepatutnya Snow White dicium sebelum saya tersedar dan katakan ini Malaysia bukan Amerika. Mesej saya untuk karyawan seni tempatan supaya memahami peraturan stesen TV itu sendiri.

“Begitu juga saya menyelitkan mesej antara saya dengan orang kerdil iaitu jika saya sumpah kami menjadi tinggi, orang kerdil itu menjawap, saya takut lupa diri,” katanya lagi.

Pada malam Jumaat lalu, Rosyam dikatakan telah mengeluarkan kenyataan telah menimbulkan kontroversi panas dalam dunia seni hiburan.

Rosyam telah berlakon bersama dengan Erra Fazira sebagai Kapten Hook yang telah dijadualkan memberikan anugerah kepada pemenang.

Kenyataan Rosyam itu dikatakan menyindir stesen TV Al-Hijrah serta tidak peka dengan sensitiviti umat Islam.

Antara kenyataan Rosyam ialah, “Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh”. – MyNewsHub

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular