Wednesday, November 14, 2012

Gangster Usir Penduduk Kg Semangat Negeri Kelahiran UMNO

SELEPAS 23 TAHUN, 400 KELUARGA DI HALAU KELUAR DARI KEDIAMAN MEREKA 
Johor..
Negeri kelahiran UMNO..
negeri yang dikatakan bermulanya kekuatan UMNO..
sepatutnya bila UMNO kuat di Johor,rakyat akan terbela atau pun sekurang-kurangnya melayu akan terbela..

Tetapi apa yang berlaku adalah..
setelah menetap dikediaman mereka selama 23 tahun,seramai 400 keluarga dihalau keluar dari kediaman mereka dengan pampasan yang sangat sedikit..
hanya sebanyak RM2,000 sehingga RM7,000 sahaja pampasan yang diberi..

Sebanyak 180 keluarga setinggan di Kampung Semangat Tampoi, dekat sini mohon campur tangan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dalam kes tuntutan pampasan selepas diarah pindah dari kediaman yang didiami mereka sejak lebih 20 tahun lalu.

Penduduk, Kadir Razak, 55, berkata, sejak mendiami kampung itu lebih 23 tahun lalu, hidup penduduk di sini aman tanpa sebarang gangguan sehinggalah diarah keluar bermula Februari tahun lalu.

Menurutnya, walaupun hampir sebahagian penduduk telah berpindah keluar ke tempat lain, tetapi masih ada 180 keluarga yang mahukan penjelasan mengenai status sebenar tanah yang didiami itu.

“Kami ingin tahu status sebenar tanah ini. Kalau betul sudah dibeli oleh pemaju kami mahu pemaju tampil ke depan dan berunding dengan kami.

“Kami tak tolak pembangunan dan boleh keluar dari kampung ini, tapi bantulah kami dengan pampasan yang munasabah supaya kami boleh bina kehidupan baru di tempat lain,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Dewi Abd Latip, 40, berkata, hidupnya sekeluarga tidak tenteram sejak diarahkan berpindah awal tahun lalu kerana risau dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Menurutnya, pampasan yang ditawarkan sebelum ini sekitar RM2,000 hingga RM7,000 tidak masuk akal kerana kos yang diperuntukkan penduduk untuk membina rumah bukannya murah.

“Kami nak tidur malam pun tak lena kerana berasa terancam dan bimbang dengan keselamatan keluarga sehingga kadang-kala terbayang-bayang rumah dirobohkan.

“Kami mahukan pampasan dengan nilai yang munasabah sekurang-kurangnya RM30,000 untuk mendapatkan tempat tinggal baru di tempat baru,” katanya.

Dalam pada itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Simpang Renggam, Suhaizan Kaiat berkata, perkampungan berkeluasan 63.25 hektar itu pada asalnya didiami 400 keluarga.

Menurutnya, bagaimanapun ramai yang telah berpindah selepas menerima notis arahan keluar dan kini berbaki sebanyak 180 keluarga yang menuntut keadilan melalui campur tangan Menteri Besar.

“Mereka mohon simpati Kerajaan Negeri untuk menjadi orang tengah menuntut pampasan sekurang-kurangnya RM30,000 memandangkan kawasan ini mempunyai ciri pembangunan pesat.

“Yang tinggal kini hanya 180 keluarga. Selebihnya telah berpindah ke tempat lain dan sanggup menerima pampasan sekitar RM2,000 hingga RM7,000 kerana terlalu takut,” katanya. - - Liang Lahad



Kampung Semangat, Tampoi terletak di Batu 7.5 Jalan Skudai, Simpang Kempas Lama, Tampoi, Johor. Tanah berkeluasan 63.2573 hektar telah dianugerahkan kepada Dato’ Toh Ah Boon pada tahun 1930 oleh Sultan Ibrahim. Dato’ Toh Ah Boon telah meninggal dunia pada 1hb April 1932 dan tanah tersebut telah diserahkan kepada pewarisnya Toh Gim Cheng.
Pada tahun 1975 Toh Gim Cheng telah melantik Low Sue Heng sebagai wakil. Pada 14 Februari 2011 tanah tersebut (Lot 153, Mukim Tebrau) telah dijual oleh Low Sue Heng @ Low Sui Heng kepada Danga Bay Sdn. Bhd.

Pada awalnya terdapat 400 keluarga tinggal di kampung ini.

Pelbagai kemudahan terdapat dikampung ini termasuk surau, kuil, dewan orang ramai, gelangang bola keranjang dan lain-lain. Terdapat juga penempatan orang tua dan orang cacat di sini.

Pada 8hb September 2011 penduduk menerima satu Notis Guaman dari Tea, Kelvin Kang & Company yang meminta penduduk mengosongkan tanah tersebut sebelum 31hb Oktober 2011. Notis ini tidak menyatakan dengan jelas nama pelanggan(tuan tanah).
Pada 9hb Oktober 2011 suatu pertemuan penduduk kampung dengan YB Datuk Hj Osman Sapian telah diadakan. Ketua Masyarakat Kampung Semangat yang juga Ketua MIC Cawangan Kg Semangat, En. K.K.Krisnan telah menyerahkan suatu tuntutan kepada Y.A.B Datuk Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor melalui YB Datuk Hj Osman Bin Sapian. Sehingga kini tiada sebarang jawapan diterima daripada pihak kerajaan.

Jawatankuasa Bertindak yang telah ditubuhkan telah menghantar satu permohonan tuntutan ehsan dan saguhati kepada wakil Danga Bay Sdn Bhd iaitu En. Chai Yee Man pada 8hb Oktober 2012 . Setakat ini tiada sebarang jawapan daripada Danga Bay Sdn. Bhd.

Pada 18hb Oktober 2012 , para penduduk menerima Notis Kedua dari Tetuan Tea, Kelvin Kang & Company yang menyatakan site clearing akan bermula mulai 19 Oktober 2012 , dan meminta penduduk-penduduk mengosongkan rumah mereka sebelum tarikh tersebut.

Penduduk-penduduk di sini diugut oleh gangster-gangster yang datang dari luar.

Beberapa keluarga yang takut kepada gangster ini, telah berpindah dari tempat ini. Sebahagiannya menerima wang pampasan berpindah sementara sebahagian lagi tidak menerima sebarang pampasan. Keluarga yang masih tinggal di kampung ini hanyalah 180 keluarga sahaja.

Pada 1hb November 2012, lebih kurang 30 orang yang dipercayai gangster dibawa masuk untuk kali kedua, rumah-rumah kosong di sini telah dirobohkan. Kumpulan itu membawa masuk 1 bulldozer dan 2 JCB dengan tujuan membersihkan kawasan itu.

Memandangkan penduduk kampung ini telah tinggal lebih daripada 50 tahun dan mereka telah terlibat dalam menyediakan tenaga-tenaga buruh sekitar Johor Baharu.

Mereka pernah mendapat kebenaran lisan daripada Dato Toh Ah Boon untuk menanam sayur di kawasan tersebut.

Penduduk kampung adalah terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah. Sehubungan itu penduduk kampung memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Bin Othman campurtangan dalam membela penduduk Kampung Semangat.

Penduduk kampung telah membuat bantahan pengusiran mereka dan memohon Y.A.B dapat menjadi orang tengah menyelesaikan masalah penduduk dengan pihak Danga Bay Sdn Bhd.

Tuntutan penduduk terhadap Danga Bay Sdn. Bhd adalah seperti berikut :

a. Wang saguhati sebanyak RM 30,000.00 untuk setiap rumah.
b. Menyediakan rumah sementara atau rumah panjang kepada setiap keluarga.
c. Menyediakan wang urusan perpindahan.
d. Memberi tempoh yang berpatutan untuk berpindah.
e. Memberi keutamaan kepada pemilik premis perniagaan untuk membeli premis di tempat yang
dibangunkan.
f. Menangguhkan sementara langkah-langkah penguatkuasaan / tindakan undang-undang terhadap
semua penduduk sehingga selesai tuntutan.
g. Membina rumah murah/ rumah mampu milik mengikut kesesuaian untuk ditawarkan kepada
penduduk.


"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular