Tuesday, November 13, 2012

Panas!! Tengku Adnan Sahkan UMNO Tidak ISLAM..?


Setiausaha Agung Umno yang dikatakan berhasrat hendak meletak jawatan kerana sudah berbua Umno akan kalah, Teuku Adnan Teuku Mansor mengesahkan bahawa Umno bukan parti Islam apabila parti itu tidak mengambil satu potong ayat al-Quran pun untuk dijadikan panduan atau pun ingatan di dalam parti tersebut.
Sumber Gambar : TaikoPerak

Pengakuan Adnan itu dikira ikhlas dan benar menepati apa yang terserlah di dalam Umno kini, di mana Umno hanya tahu menyebut Islam tetapi tidak tahu berbuat (melaksanakan) kehendak Islam. Pengakuan Adnan itu juga mengesahkan tanggapan sebelum ini yang Umno sebuah parti sekular yang anti kepada Islam.

Mungkin bertolak dari realiti itulah menyebabkan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan bersedia untuk membubarkan Pas sekiranya Umno mengambil Islam sebagai dasar perjuangan. Nik Aziz sudah tahu bahawa cabaran itu tidak akan tersambut oleh Umno kerana parti itu kering dengan Islam malahan menentang Islam sejati.

Kata Adnan dipetik; “Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam." Kenyataan itu beliau itu dilaporkan oleh portal rasmi Umno, Umno online.

Pernyataan Adnan itu bagaimana pun berlaku sedikit kesongsangan dan kontra bila mana di hujung pernyatan itu disebut; "apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam".

Dengan pernyataan di akhir itu meragukan, macam mana Umno boleh membela dan menjaga akidah umat Islam sedangkan perkara asas iaitu al-Quran yang mengajar segala macam ilmu dan kaedah termasuk menjaga akidah itu tidak diguna pakai? Persoalannya macam mana Umno mampu untuk menjaga akidah umat Islam? Mungkin kaedah yang diambil Umno dalam menjaga akidah umat Islam tidak mengikut kehendak agama, maka itulah dalam masa Umno membangunkan syiar Islam, mereka juga turut membina syiar meruntuhkan Islam.

Dari keadaan inilah dapat dikatakan bahawa Umno hanya berlakon saja untuk membela akidah Umat Islam. Sebab itu Umno lebih cenderung untuk membina syiar Islam daripada cuba mempraktikkan ajaran Islam sebenar. Kalau bercakap fasal Islam Umno akan bercerita perihal masjid, sekolah agama dan sebagainya sedangkan itu hanya lambang-lambang yang tidak mestinya menepati kebenaran Islam. Bukti paling sahih mengenai silakp dolak dalik dan hipokrasi Umno ini apabila ia menolak hukum Allah (hudud) dengan alasan-alasan yang berbaur kekufuran.

Makanya pengakuan itu seharusnya difahami oleh sekalian orang khasnya orang Melayu yang selama ini menganggap Umno adalah pejuang Islam nombor wahid. Sikap-sikap Umno ke belakangan ini yang kononnya mengambil berat terhadap Islam termasuk 'memalu', menghentam mana-mana kenyataan politik oleh pemimpin pembangkang adalah sandiwara dan wayang Cina saja.

Apabila Umno tidak mengambil sepotong ayat Quran untuk urusan politiknya maka jelas politik Umno termasuk apa yang dicerminkan dalam pemerintahan dan pentadbiran tidak berjejak dan berkonsep kepada suruhan Allah. Jadi tidak menghairankan kalau Umno bersikap rakus, kejam, menipu rakyat kerana mereka tidak mendapat taufik dan hidyah al-Quran. Kerana mereka yang menghadam isi-isi al-Quran tidak akan tergamak berbuat begitu kerana azab Allah ke atas apa yang dibuat itu senantiasa bermain di biari matanya.

Pegangan dan politik Umno ini amat berbahaya. Kejahatan dan kerakusan yang boleh dilakukan tanpa pegangan agama itu akan merebak ke dalam pentadbiran atau kerajaan. Situsi inilah menyebabkan berlaku berbagai penyelewengan dan salah guna kuasa dan rasuah di dalam kerajaan hari ini. Skandal-skandal melibatkan kewangan seperti rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene, ternakan lembu gemuk di kondo, tanah untuk pembinaan pelabuhan darat (PKRZ), penjualan tanah kerajaan dan sebagainya, adalah cermin atau terilham dari politik yang tidak sujud kepada al-Quran.

Disebabkan kerana Umno tidak mengambil sepatah ayat al-Quran itulah juga menyebabkan jelas berlaku kejahilan di kalangan pemimpinnya termasuk ada yang sanggup menghina Nabi Muhammad dan menyindir segala hukum Allah yang dipancarkan dalam Quran seperti mana hudud. Kesan itu juga menyebabkan ada yang mudah membuat tafsir 'buta' terhadap ayat-ayat Quran yang dibaca oleh pihak lain di mana kerana ianya difahami secara harfiah, dan bukan mencungkil falsah dan makna di sebaliknya.

Justeru mulai hari ini, dengan 'pencerahan' yang diberikan oleh Adnan itu janganlah kita merasa pelik dan aneh kalau Umno tidak menunjukkan keghairahannya kepada Islam termasuk untuk melaksanakan hukum-hakam di dalam Quran. Pencerahan ikhlas Adnan itu juga memberi isyarat jelas kepada orang Melayu untuk menjauh kurafat yang dicipta Umno mengenai Islam.

Disebabkan kesingsangan itu juga tidak pelik juga kalau sesekali pemimpin Umno yang gian hendak bercakap fasal Islam termasuk mentafsir ayat Quran yang dibaca oleh Nurul Izzah Anwar tampak sangat kejahilan dan kesongsangannya. Ini berlaku kerana pemimpin Umno tumpul dengan ajaran Islam sebenarnya.

Memandangkan ini elok kalau Najib Razak turut melakukan transformasi imu ke dalam Umno di masa akan datang. Ajar dan dekatkan generasi Umno dengan al-Quran dan suntikan kefshaman Islam yang betul. Mungkin institusi agama yang berlambak di negeri ini boleh membantu. Institiut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) boleh memain peranan penting. Perseimbangan pengembangan ilmu duniawi dan ukhrawi hendaklah dilakukan bagi mengelak orang Umno terus terjeblos dalam kedurjanaan kejahilan.

Najib jangan saja memperlopari blue ocen di dalam Umno tetapi hendaknya juga mempelopori green ocen (Kalamullah) di dalam Umno. Ini penting kerana tidak ada guna kalau Umno dan negara mencapai kemajuan tetapi ianya tidak disertai dengan amali agama. Kemajuan atau apa juga pemodenan yang tidak berohkan Islam - akidah dan pegangan, ia adalah palsu dan akan membawa kemusnahan besar.

Najib dan sekalian orang harus faham bila menyebut soal agama dan Islam, ilmunya terlalu luas. Islam bukan saja setakat kita mendirikan rukun-rukun Islam yang lima perkara tetapi yang penting memahami, menghayati dan mengamali apa yang termasuk di dalam sesuatu rukun itu. Pengajaran atau perintah di dalam rukun Islam itu bukan saja perlu difahami secara zahiriah tetapi hendaklah mencecah kepada hakikat. Islam perlu ditaat bukan dengan fizikal, seperti mengerjakan sembahyang, puasa, haji dan sebagainya, tetapi Islam perlu ditaati dan disujud dengan hati dan jiwa secara istiqamah.

Hari ini Islam di dalam Umno hanya Islam syariat saja itu pun tidak mendasari, manakala Islam tariqat, hakikat dan makrifat masih terlalu jauh lagi. Mungkin beberapa orang di kalangan pemimpinnya saja yang mengerti hal ini.

Ahmad Zahid Hamidi yang dikenali berlatar belakang Islam yang mapan boleh membuka pintu ijtihad di dalam Umno melakukan hijrah besar ke atas parti itu. Kalau Umno menerima konsep Islam keseluruhan saya yakin titik temu yang jelas dan nyata parti itu dengan Pas dan segenap Islami lain akan tercapai. Bukan itu saja penerimaan Islam secara syumul menjamin hayat Umno lebih panjang dari usia pemerintahan Firaun. - http://msomelayu.blogspot.com/

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya".. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular