Saturday, November 17, 2012

Ust Nasha Kantoii dengan Kenyataan Datuk Dr Haron Din


Tahaluf Siyasi: PAS pada landasan betul
KOTA BHARU: Majlis Syura Ulama PAS sentiasa memantau perjalanan parti itu agar tidak lari dari landasan perjuangan sebenar.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din berkata, ianya termasuklah berkaitan tahaluf siyasi.

"Majlis Syura Ulama sentiasa berbincang dan melihat hala tuju PAS berada dalam landasan yang betul," kata beliau di Muktamar Tahunan PAS kali Ke-58 di Putik hari ini.

Beliau juga berkata, setiap perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dibincangkan dengan teliti sehingga semua ahli berpuas hati dan bersetuju dnegan keputusan yang dibuat.

Namun katanya, adalah sesuatu yang menghairankan apabila ada sesetengah ahli yang mengeluarkan kenyataan kepada media seolah-olah tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat.

"Dalam mesyuarat seperti tak ada pertelingkahan tapi dalam sidang media ada terdengar suara-suara yang seolah-olah tak setuju dengan keputusan Majlis Syura.

"Tetapi orang-orang seperti ini tak pernah beri pandangan begitu dalam mesyuarat tapi di luar mesyuarat perkara itu timbul.

"Pandangan-pandangan individu kadang-kadang terbawa-bawa di luar mesyuaratdan mungkin ada sedikit perbezaan pendapat yang tidak perlu diperbesar," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan Perwakilan Kalabakan, Kasman Karate dalam pembentangan laporan tahunan PAS petang ini.

Kasman dalam soalannya berkata, terdapat perkara yang sudah diputuskan oleh Majlis Syura tetapi ada ahli Majlis Syura sendiri yang seakan-akan tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat.

PAS Tidak Keluar Landasan Islam - Haron Din
KOTA BARU: PAS tidak pernah terkeluar daripada landasan dan dasar parti untuk menegak dan memperjuangkan Islam.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, dasar berkenaan tidak pernah berubah walaupun parti berkenaan menjalinkan kerjasama politik dengan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Majlis Syura sentiasa berbincang dan melihat hala tuju PAS bahawa parti ini berada dalam landasan yang betul," katanya pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan perwakilan Kalabakan, Kasman Karate berhubung kenyataan ahli Majlis Syura PAS berkaitan hala tuju parti itu yang didakwa sudah menyimpang.

Soalan itu dilihat merujuk kepada kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini bahawa parti itu sudah lari daripada matlamat asal perjuangannya.

Mengulas lanjut, Haron berkata, Majlis Syura akan memperhalusi dengan teliti setiap isu yang dibangkitkan sehingga semua ahlinya berpuas hati dan bersetuju dengan keputusan yang dibuat.

Bagaimanapun beliau turut melahirkan rasa hairan berhubung kenyataan pemimpin tertentu berkaitan hala tuju PAS.

"Dalam mesyuarat seperti tak ada pertelingkahan tapi dalam sidang media ada terdengar suara-suara yang seolah-olah tak setuju dengan keputusan Majlis Syura.

"Tetapi orang-orang seperti ini tak pernah beri pandangan begitu dalam mesyuarat tapi di luar mesyuarat perkara itu timbul.

"Pandangan peribadi kadang-kadang terbawa di luar mesyuarat dan mungkin ada sedikit perbezaan pendapat yang tidak perlu diperbesar," katanya lagi. - mStaR

Agaknya apa khabar Ust Nasha kat luar negeri ?.. Baca SINI

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular